Salam Maal Hijrah untuk kita semua.
Semoga ia menjadi titik tolak untuk berhijrah menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya. Sesekali, beberapa perkara perlu diteliti kembali. Dan persoalan penting yang acapkali berlegar-legar dalam mindaku;
Bagaimanakah solat kita?
Tepat pada masanya kah?
Khusyuk kah kita?
Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu lupakan diri (kewajiban)mu sendiri, pada hal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) Orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. [Surah Al Baqarah, Ayat 43-46]
Tentunya, kita tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai?
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Aku ingin berpesan kepada diri sendiri, moga-moga ia juga akan mengingatkan rakan-rakanku yang lain.
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment