Pagi ini aku mulakan dengan surah Ta Ha. Kehebatan Al-Quran walaupun membacanya pada kadar yang amat sedikit, sangatlah memberi impak yang sangat luar biasa (peringatan untuk diriku agar tidak meninggalkan Al-Quran). Sekalipun adakala merangkak2 aku membacanya kerana surah ini merupakan surah yang teramat jarang ku baca, tapi itu sebenarnya bukan alasan kerana ilmu yang tidak diamalkan, lama kelamaan akan kelam dan lenyap.
Sekadar perkongsian:
Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Ta-Ha : 1-6)
Aku ingin bercerita tentang Ma'al Hijrah.
Tidak. Bukan tentang perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Semua orang telah tahu itu. Tapi aku mahu melihatnya dalam konteks yang lebih luas. Dalam kontek kehidupan kita sehari-hari. Dalam konteks hidupku, yang lebih tepat. Tahun 1430H membuka lembaran baru dalam hidupku. Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya yang membuat aku semakin matang malah semakin yakin untuk menempuhi hidup ini.
Dan untuk tahun 1431H ini, aku ingin membuka lembaran baru. HIJRAH. Mungkin meninggalkan apa yang aku kerjakan pada hari ini kepada sesuatu yang lain. Risiko yang bukan calang-calang? Itu pasti. Itu bukan azam tahun baru. Tapi Iltizam, yang memerlukan komitmen tinggi dari dalam diriku.
Man Jadda Wa Jadda.
Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil.
Segala puji bagiMu Ya Rabbi, kerana aku masih bernafas pada hari ini.
Berilah kepadaku umur yang bermanfaat.
Happy Birthday, Anne!

