Best ke Vietnam?
Apa ada kat sana?
Murah ke?
As compared Bandung, mana lagi murah?
Kau pernah pergi China? murah sangat-sangat kan?
Ini antara soalan yang biasa diajukan oleh rakan taulan, malah sanak saudara. Sukar untuk memberikan jawapan hakiki kerana ia sangat subjektif, bergantung kepada apa yang ingin dicari dan dibeli. Tapi soalan yang akhir tu tiada jawapan. Tunggulah apabila aku dah pergi ke China pula. Jawapan mudah kepada semua soalan di atas - mahu melancong atau melencong sepertiku? Huhu
Kalau mahu sightseeing, sudah tentu Vietnam bukan lokasi yg tepat walaupun aku akui ada beberapa tempat yang WAJIB dilawati jika pergi ke Ho Chi Minh City (HCMC). To name few – jangan lupa pergi ke Chu Chi Tunnel, Muzium atau menikmati pemandangan di sepanjang Sungai Mekong dengan menaiki boat. Jangan memandai nak berenang pula. Tetapi dalam kamus melancong aku hanya ada Shopping Trip... err juga bergantung dengan siapa aku pergi lah…hikhik :)
Kalau aku membuat analisis mantik (again, this is my personal point of view, lain org lain citarasanya) secara berbanding Indonesia dan Vietnam apa yang aku boleh kata ialah beza memang berbeza...kalau dulu 3 tahun berturut-turut aku pegi ke Jakarta-Bandung kerana aku tahu barang-barang di sana secara relatifnya adalah murah. Dari kain chiffon ke kebaya sulam ke office wear, memanglah Bandung dan Jakarta jawapannya. Aku terpaksa mengaku setulus hati bahawa disebabkan gila shopping, maka dari hari pertama hingga kelima pun shopping yang tiada nokhtah henti >:) hikhiik Tangkuban Perahu di Bandung belum sekalipun aku meninggalkan jejak bertapak. Sungguh shopaholic kan? TETAPI, sekarang ni kiranya HCMC menyelesaikan segala permasalahan baju raya dan baju kerja. Juga menyelesaikan masalah upah tailor yang mahal di Malaysia (ooopsss, sounds kekwat pula HAHAHHA). Ya, tailor saya ada di Vietnam *muka kekwat*
Berbalik kepada semangat setiakawan yang mahu berkongsi rasa ria di hati, aku mahu menyambung keterujaan aku tentang Ho Chi Minh pada entry kali ini (sila skip entry ini jika anda mendapati sangat membosankan). Percaturan pertama adalah tiket kapal terbang ke HCMC. Tiket flight sememangnya berbeza, dan sebagai budget traveler yang tegar sepertiku, harga promosi adalah sasaran utama. Jangan lupa sign up for Red Alert Air Asia (iklan tidak berbayar ni). Aku pernah terlihat tambang pada harga serendah RM93 sehala..dan tiket paling murah yang berjaya di beli oleh seorang rakan adalah RM199 return, termasuk extra luggage 30kg. Oh murah sangat-sangat kan? Be alert for the SALE promotion to get better price, my friend!
Pada aku,3D2N ke HCMC sudah sangat-sangat memadai. Itupun aku rasa marathon tanpa henti dari satu kedai ke kedai yang lain.
Persiapan awal?
Seperti biasa ialah tukaran wang. Di vietnam ni dua mata wang utama diterimapakai dlm urusan jualbeli iaitu Vietnam Dong dan USD. Rata-rata kedai-kedai di sini menerima matawang ini. Tapi kot ye pun nk beli air mineral kat kedai tepi jalan, jangan ler hulur USD. Itu mengada-ngada namanya. Dan, kalau rajin nak mencongak dan membuat kira-kira, silalah tanya harga dalam Dong atau USD ketika membeli belah. Adakala membayar dalam USD lagi murah. Adakala membayar dalam Dong lagi berbaloi-baloi. Anda buat anda dapat? hikhik Normaly aku sepantas kilat mencongak V10,000 dong = RM2, 1USD = RM 3.5. Senang kan? Ada juga kawan aku yang sangat pintar ini membuat calculus y = a + bx (rolling eyes tak??) wakakakkakaka... Serius ke? Oh yeah, dead serious. She did that. Tapi tidak lah kat depan kedai kan? Harus kene lempang kat situ jugak. huhu
Aku lebih suka merancang sendiri itinerary perjalanan kerana tidak mahu terikat dgn jadual pemandu pelancong (dah katanya shopping trip?). Maka tentulah kena riki-riki pada org lain yang dah berulang alik ke HCMC seolah-olah dia ada kekasih gelap di sana.
Ini antara panduan utama untuk sesiapa yang baru kali pertama ke sana. Setibanya d airport, selepas urusan imigresen dan kastam selesai, sila bergerak keluar dan terus menuju ke sebelah kanan bangunan. Pastikan juga anda tidak mengalami sindrom kanan adalah kiri, kiri adalah kanan. Kerana ia akan memberi impak yang sungguh berbeza. (Mahunya tak gile dah kalau kanan kau kata kiri kan??) Jangan terus meluru keluar dan tahan teksi, atau anda akan dijerut dgn kos yang sangat mahal. Ada kwn kami membayar mahal (kalau tak silap dia membayar USD40) sedangkan rate sepatutnya tidak melebihi 100ribu dong. Oh selepas ke kanan, sila naik lift/escalator ke tingkat 2, dan berjalan lagi ke kanan sehingga melihat lelaki bebaju hijau bertali leher maroon. Dia akan menahankan teksi untuk anda.
Dan ingat juga:
Vinasun Taxi.
Reliable.
TBC...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mencari hidayah di bumi Barakah Part I
Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain. Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...
-
Best ke Vietnam? Apa ada kat sana? Murah ke? As compared Bandung, mana lagi murah? Kau pernah pergi China? murah sangat-sangat kan? Ini anta...
-
Ini merupakan kali keempat aku ke HCMC. Jangan kau tanya kenapa, tapi ini adalah salah satu syurga shopping untukku :) Kali ini aku pergi be...
-
Sejak beberapa tahun ini, seorang sahabat sangatlah beriya untuk mengembara bersamaku. Dan setiap kali dia mendengar aku bercuti ke mana-man...
9 comments:
amboii..siap buat N3 kkhas utk kwn2 yg akan pergi
ramai peminat tanya (peminat katanya??) hahaahahaha
penat nak ulang suara 48x, aku buat n3 khas so tak ler dorg tanye lagi dan lagi. tapi aku rs dah baca pon akan tetap tanye jugakk..
ko takmo pegi?hiks
aku sdg dipujuk rayu oleh cik nita...harapan die mmg cerah utk berjaya dlm pujukan...ehehehhe
Zai,
You all ber2 mengumpat i yer.
Amacam berjaya ke tidak pujukan rayu i tu..
Salam, boleh tak beri nama tailor tu. lokasinya tq
hai,
boleh kami tau macam mana nak booking hotel Saigon pink tu...
nak pi Chu chi tunnel tu bape ~RM?
We will travel on May 2011.
Thanks.
hai,
boleh kami tau macam mana nak booking hotel Saigon pink tu...
nak pi Chu chi tunnel tu bape ~RM?
We will travel on May 2011.
Thanks.
dik....bole add akak x? FB ayshazachary.. nk tnye psl HCM ni... awak pg sana mmg x penah pkai tourist guide ek? bole share experince x? ",)
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment