Thursday, December 24, 2009

Rezeki

Benarlah, adakala ketika kita teraba-raba hilang arah, Allah Yang Pengasih memberi jalan keluar pada sesuatu yang paling tidak terduga. Bersyukur juga segala urusan aku pada hari ini dipermudahkan olehNya. Makanya sekarang ini aku tidak sabar menunggu lagi 2 minggu.

Syukran Ya Rabbi. Alhamdulillah.

Terus aku teringat pada ayat ini, yang sebenarnya telah lama kutinggalkan.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq : 2-3)


Atau lebih dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar.

Monday, December 21, 2009

Bulan kelahiran

21 Disember pada 32 tahun yang lalu. Kalau ikut kalender Hijriah, tarikh itu bersamaan dengan 10 Muharam. Dan kebetulannya pada tahun ini, tarikh itu tidak jauh berbeza. Bulan ini adalah bulan kelahiranku (Masihi & Tahun Hijrah). Menandakan bahawa hidup ini satu putaran, kitaran yang sama. Di sepanjang hidup kita, kebarangkalian untuk kita temui perkara yang sama, melakukan kesilapan yang sama adalah sangat tinggi.

Pagi ini aku mulakan dengan surah Ta Ha. Kehebatan Al-Quran walaupun membacanya pada kadar yang amat sedikit, sangatlah memberi impak yang sangat luar biasa (peringatan untuk diriku agar tidak meninggalkan Al-Quran). Sekalipun adakala merangkak2 aku membacanya kerana surah ini merupakan surah yang teramat jarang ku baca, tapi itu sebenarnya bukan alasan kerana ilmu yang tidak diamalkan, lama kelamaan akan kelam dan lenyap.

Sekadar perkongsian:

Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Ta-Ha : 1-6)


Aku ingin bercerita tentang Ma'al Hijrah.
Tidak. Bukan tentang perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Semua orang telah tahu itu. Tapi aku mahu melihatnya dalam konteks yang lebih luas. Dalam kontek kehidupan kita sehari-hari. Dalam konteks hidupku, yang lebih tepat. Tahun 1430H membuka lembaran baru dalam hidupku. Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya yang membuat aku semakin matang malah semakin yakin untuk menempuhi hidup ini.

Dan untuk tahun 1431H ini, aku ingin membuka lembaran baru. HIJRAH. Mungkin meninggalkan apa yang aku kerjakan pada hari ini kepada sesuatu yang lain. Risiko yang bukan calang-calang? Itu pasti. Itu bukan azam tahun baru. Tapi Iltizam, yang memerlukan komitmen tinggi dari dalam diriku.

Man Jadda Wa Jadda.
Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil.

Segala puji bagiMu Ya Rabbi, kerana aku masih bernafas pada hari ini.
Berilah kepadaku umur yang bermanfaat.

Happy Birthday, Anne!

Saturday, December 12, 2009

Thursday, December 10, 2009

Ho Chi Minh City - Day II, III

Matahari bersinar indah di bumi bekas jajahan komunis ini. Cuacanya yang kering menyebabkan kami tidak berpeluh langsung (tak pakai deodorant pun masih rasa yakin sepanjang hari! hehehe)...

Sebelum bercerita hari kedua kami, aku ingin terlebih dahulu memperkenalkan tourist guide kami bernama Yaya... Sungguh, kali pertama dengar aku memang teringat Zul Yahya yang berlakon cerita Papaya tu! Lebih melucukan apabila mendengar Yaya bercakap-cakap dengan kami.

"Jangan risau, nanti Yaya bawa shopping kain banyak-banyak."
"Takpe, Yaya sudah makan. Yaya minum saja".

Sounds adorable kalau yang berkata-kata itu kanak-kanak berusia 5 tahun kan? Kemudian dia menunjukkan sekeping name card pelanggan dia, dan ada juga nama dia.

"Laaaaaaa, Yahya rupanya". Tergelak besar kami semua.



Tapi kemudian kami memanggilnya Pak Yaya. Lagipun, dia bukan muda seperti Tony. Oh!

Pagi ini kami ke China Town. Di sini memang khusus untuk membeli kain-kain Lycra seperti rakan-rakan aku yang semua ini usahawan yang dedikasi. Mata aku rambang melihat kain-kain untuk di buat baju kurung, tetapi memandangkan beli baju siap sudah sangat murah, aku hanya menahan iman. Kami makan tengahari di Kedai Shamsudin. Pada asasnya, asal sahaja makanan halal sudah berbaloi untuk kami yang membawa roti yang berbuku-buku. Petang itu, kami ke Hong Anh sekali lagi. Dan, aku rambang mata untuk ke sejuta kali!


kalu ikut nafsu, nak beli semua!


Malam itu, kami hanya makan malam di bilik hotel dengan bekalan makanan yang di bawa dari Malaysia.

Dan buah-buahan juga merupakan santapan utama kami di sini. Tidak meragukan langsung.

Day III


Hari ketiga ini, kami keluar agak lewat. Apa yang bagus di hotel ini, memang telah disediakan alat penimbang. Setelah menimbang berat beg masing-masing, maka hari ketiga ini kami agak insaf. Itupun kami telah masing-masing menambah excess luggage charges untuk 60kg. Masih tidak mencukupi. *geleng kepala*

Hari ketiga ini kami hanya berjalan kaki ke deretan kedai di Bien Tanh. Dalam tidak mahu membeli pun, penuh juga kiri kanan kami menjunjung beg plastik. Dari situ, kami bergerak ke Mai Boutique dan Hong Anh. Ini kerana kawan kami ingin mencari bahan untuk butiknya. Aku benar-benar telah insaf. Aku sekadar menunggu dan melihat karenah rakan-rakan baruku ini.

Setelah penat, kami berhenti makan tengahari di Saigon Halal Restaurant. Owh sangat lah sedap! Aku tambah 3x nasi (ya, no surprise kan?) huhuhu

Kemudian kami kembali ke hotel dan check baju custom made kami. Dari janji asal pukul 3 p.m. siap ke pukul 5 pm ke pukul 7 hingga siap sepenuhnya hampir jam 10 mlm! Kami tak marah tailor kerana masing-masing bukan sedikit tempahannya. Aku sahja dah 3 helai, Izzah sahaja sudah ada baju 9 sekawan, dan rakan-rakan yang lain. Suspek kan diorang ni boleh siapkan dalam masa 24jam?

Aku lupa ingin bercerita tentang pasar malam di hadapan hotel kami yang dibuka pada setiap malam.

"Mari kakak, murah. Murah" itu laungan para pekerja kedai. Nampak sangat rakyat Malaysia ni ramai datang ke Vietnam kan?

Secara keseluruhan, aku menimba pengalaman baru. Selepas ini, aku dah boleh kecilkan skop ku kerana aku dah tahu mana halatuju jika aku ingin kembali lagi ke sini.

Kembali ke Ho Chi Minh?
SUDAH TENTU!!!

Wednesday, December 9, 2009

Ho Chi Minh City - Day I

Kali pertama membayangkannya sudah tentu lah negara yang mundur. Negara yang baru bangkit dari kancah peperangan. Aku rasa semua orang masih lagi teringat kisah Perang Vietnam (paling tidak menonton filem-filem dari Amerika berkaitan peperangan di Vietnam ini), dan ada sesetengah kita membesar dengan tagline "Good Morning Vietnam".



Sedikit latar belakang sejarah lah kan... Ho Chi Minh City (HCMC)ini sebenarnya lebih dikenali sebagai Saigon oleh penduduk tempatan (atau mungkin suku penduduk dunia?). Selepas komunis mengambil alih Selatan Vietnam, nama Saigon ditukar kepada Ho Chi Minh bersempena kepada nama ketua komunis ketika itu. HCMC merupakan bandar terbesar di Vietnam dengan populasi penduduk sekitar 9 juta orang. Dan menurut Pak Yaya (our tourist guide), penduduk Islam di sini sekitar 3 ribu orang sahaja.

Ok, ini bukan blog sejarah. Untuk lebih lanjut, silalah google sendiri ya.

Bersambung kepada cerita percutian kali ini. Percutian yang sebenarnya tidak dirancang (pernah ke aku merancang betul-betul mana-mana trip?) huhuhuhu... Seawal pagi sudah ada drama kat LCCT (again, who is the Drama Queen? hiks)..Tapi bukan aku lah yang DQ nya, 2 orang rakan kami termissed flight walaupun mereka berdua sampai lebih awal dari kami. Tidak dinafikan juga ketidakcekapan para pekerja AirAsia pun sangat lah ketara. Kami sahaja mengambil masa hampir sejam untuk check-in luggage (itu pun dah web check-in dah tu). Sistem yang sangat tidak teratur dan ayat mudahnya adalah : LEMBAP. Perlukah untuk aku menulis surat luahan hati kepada Tony Fernandez? Nanti lah aku fikirkan. (Dah nak sangat low fare kan, jangan banyak bunyi). Tapi kan tapi...kami inilah antara pelanggan yang telah menyumbang kepada kejayaan mereka, kan?

Tinggalkan lah isu itu.

Kami mendarat di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 10:00 pagi waktu tempatan. Seperti yang telah dipesan berulang kali, selepas pemeriksaan Kastam & Imigresen, silalah berjalan menuju ke tingkat atas belah kanan untuk mendapatkan teksi. Dan perlu juga diingat, teksi Vinasun sahaja atau kebarangkalian ditipu oleh pemandu teksi di sini. Paling mudah, jalan lah ke hujung kanan anda hingga bertemu dengan lelaki memakai baju warna hijau bertali leher maroon. Ya, dialah yang menahan teksi kami. Pun begitu, hairan juga aku kerana ramai betul Vietnamese yang ada kat luar Airport secara berjemaah seolah-olah pesta (terus aku feeling macam artis yang disambut oleh ribuan peminat). heheheehe

Kami berlima menaiki Vinasun Taxi meredah sinar pagi Ho Chi Minh City ke hotel kami di tengah bandar. Perjalanan kira-kira 40 minit sebab kesesakan lalulintas yang sebenarnya dipenuhi oleh ribuan motosikal. Hotel kami sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Bien Tanh. Kami menginap di Saigon Pink 2 Hotel dan sangat-sangat berpuas hati pada harga USD100 untuk 3 malam, dibahagi 3 orang pula. Murah, kan?

Kami meluruskan badan seketika sebelum memulakan langkah eksplorasi bandar Saigon. Makanan halal? Tiada masalah. Lintas jalan sahaja dari hotel kami untuk ke V.N Halal Restaurant. Dari situ kami bergerak untuk berjumpa Tailor bernama Tony (aku akui dia handsome, tak caya tanya the whole gang) yang memiliki butik V Anh. Harga? Murah sangat-sangat! Dari V-Anh kami bergerak pula ke Mai Boutique dan terus jadi sewel (pandang kanan, kiri, kanan lagi dan lagi semua mata berkenan!) Dari Mai Boutique terus bergerak pula ke Hong Anh. Akhirnya, aku berjumpa syurga dunia! (Bayangkanlah sendiri apa yang terjadi di butik itu).

Satu perkara yang pasti, motorsikal tersangatlah banyak di bandar ini. Dan sistem lalulintas di sini juga sangat kelam kabut. Barangkali, aku boleh dapat high blood pressure kalau lama-lama di sini. Tetapi, itu bisikan hati pada hari pertama sahaja lah. Kalau di tanya kembali pada hari ini, heh... sudah tentu mahu lagi dan lagi pergi ke sana.

Itu cerita hari pertama kami di sini.

Friday, December 4, 2009

Kota Saigon, Vietnam Part I

Ketika pertama kali Vietnam diajukan kepada aku, terus terasa seperti Thailand. Negara yang tidak terfikir untuk aku teroka dan jelajahi. Sangkaan itu bagaimanapun meleset apabila kakiku berpijak di bumi yang masih di arus pembangunan ini.

Aku ketika ini menulis entry ketika berada di Saigon Pink 2 Hotel, Ho Chi Minh City.

Thursday, December 3, 2009

Juju Kiki Bibi Babat?

Seharian ini aku dibelenggu oleh bebanan kerja yang sangat luar biasa banyaknya. Bukan banyak, tapi ini semua gara-gara aku ingin bercuti 2 hari bermula esok. Teruja bercuti? Errr asakan tugas yang melambak sahaja yang memenuhi setiap ruang otak. Nak bercuti tapi dalam kepala ada segala kerja yang tertunggak, bagaimanakah itu? (walaupun aku tahu the moment I'm on board, segala benda itu akan terbang membelah awan juga) hehehe

Itu bukan pokok persoalan utama yang aku ingin catatkan di sini. Dalam keghairahan aku menyiapkan tugas (read : sekarang ini jam tiga-tiga-puloh-satu-pagi) sempat aku bergelak guling-guling bersama kawan. Indahnya hidup ini apabila diasak dengan pelbagai tuntutan hidup, ada teman yang masih mampu membuat diri tertawa riang. Walau mungkin juga si suami boleh terjaga, atau mungkin terjaga dan menyebok? barangkali hehehehe atau mungkin perut semakin memboncit gara-gara menahan gelak dari terlontar keluar? Barangkali juga :)

too much to think about..trying to rethink what is important in my life...am i happy with my life? or am i pretending to be happy just for the sake of trying to make other people happy. or am i just a good son who keeps saying yes without ever thinking the outcome...

Ini adalah sebahagian dari cebisan hidup sahabat yang tercari-cari arah. Aku juga begitu. Orang-orang di sekeliling aku juga begitu. Malah barangkali, hampir kesemua kita bertanya pada diri persoalan yang sama.

"Adakah aku gembira dengan hidupku?"
"Bahagiakah aku?"

Oh ini soalan mudah yang memerlukan jawapan yang sangat panjang. Mungkin, di sepanjang perjalanan hidup ini masih belum mampu merungkai soalan ringkas begitu.

Adakala aku melihat sahabat yang terserlah kegembiraannya. Tapi semakin mendekatinya, aku cuma melihat hamparan kesengsaraan di seluruh hidupnya. Berpura-purakah dia? Atau mungkin dia menerima takdirnya dengan redha?

Entah. Aku sendiri adakala kusut memikirkan apakah yang paling utama dalam hidupku ini. Semua perkara penting. Semua perkara mahu di buat. Mahu dicuba. Mahu di rasa.

Yang aku tahu, aku ingin memulakan sesuatu. Apa dan bagaimana, aku sendiri pun tidak tahu.

Ia bukan tentang bagaimana ianya bermula, tapi bagaimana ianya berakhir, bukan?

Heh, aku cuma ada 3jam sahaja untuk bersiap sedia...Mengembara boleh mententeramkan jiwa dan membuka minda. Berkelana melihat alam, merencana masa hadapan agar tidak kelam. Sedikit sebanyak, membuat aku bersyukur pada segala kurniaanNya, pada apa yg diberi olehNya.

Tuesday, December 1, 2009

Topik Cacar Marba

Gathering

Pertemuan kembali rakan-rakan sekolah rendah. Class of '89. 20 tahun yang lalu kan?

Pening + Mabuk


Oh, aku sangat takut dengan High Blood Pressure. Or low? Atau apakah?

Tanah dirampok orang


Bukan, mana boleh orang nak rompak tanah. Tapi diceroboh.

Urut

Ini adalah part paling best di kampung. Huhuhu

Kluang

Aku baru discovered satu penemuan baru di daerah Kluang.

Tapi nantilah ku cerita.

Friday, November 27, 2009

Eidul Adha 1430H

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
La Ilaha Illallahu wallahu Akbar


Takbir raya bergema lagi. Ini kali pertama aku menyambut raya sebagai "the only adult who handles 7 kids". hehehe agak huru hara lah kan...aku sampai kat kluang dah lewat tengah malam. Tanpa bertangguh, terus tidur! Memang aku agak penat (read : penat otak) kerana selama seminggu ini jadual kerja aku tunggang terbalik. Mana nak kejar meeting lah, nak kejar dateline proposal submission, presentation dan segala bagai. Ya, aku tahu orang lain lagi lah busy, tapi nak buat macam mana, aku rasa aku punya lagi sibuk muahahahahaahhaa

Nak jadikan cerita, aku terjaga jam 8am! Tengok phone, ada 2 missed calls. Hmm...ada juga orang yang rajin tolong kejutkan aku untuk solat Subuh tapi aku memang lah sesungguh tidur mati. Bangun jek kalut kejutkan 'anak-anak' untuk bersiap pergi masjid. Aku and the girls pulak sibuk lah memasak di dapur sambil mendengar takbir raya sayup-sayup dari masjid Taman Kasih.

Dan seharian ini, tetamu datang berkunjung sehinnga ke malam. Alhamdulillah, tetamu datang membawa berkat?

Esok, jadual aku padat. Heh, balik ke kampung aku tidak pernah tak sibuk. Bak kata seorang kawan, "weii mana ko pegi?"

Ironinya, handphone saya tiada kepentingan bila saya pulang ke kampung. Maaflah kalau call tak berjawab.

Seperti yang telah aku ulang suara banyak kali, aku BUSY.

Thursday, November 19, 2009

I have a dream, a song to sing...

Aku tidak pasti aku berada di mana. Yang nyatanya, ia sebuah bangunan yang kelihatan seperti hotel. Ada seorang lelaki berambut kerinting keluar dari sebuah bilik dengan memakai pakaian ihram! Tapi pada masa yang sama juga, kelihatan seorang lelaki dewasa yang terbaring koma bersama sepasang kanak-kanak kecil yang turut koma. Dan aku diberitahu mereka disahkan menghidap ketumbuhan otak. 3 beranak itu tidak sedarkan diri selepas mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan lanjut setiba di Jeddah. Errr aku kat hotel atau di hospital? Entah lah. Ya, dalam cerita ini aku berada di Tanah Arab. Lelaki koma itu sempat aku temui semasa pemeriksaan imigresen di Jeddah.


Mimpi.
Bercampur-baur.

Realitinya, aku ada proposal yang patut disiapkan dengan kadar segera!

Monday, November 16, 2009

Hormati Azan

Sejak dari kecil aku sudah mendengar hujah-hujah yang menyuruh kita menghormati azan. Dan acapkali juga, gagal. Namun, sejak minggu lepas, ada tarikan yang menarik aku untuk belajar menghormati azan. Diam ketika azan berkumandang. Kedengaran mudah tapi sebenarnya sangat-sangat sukar dilaksanakan. Aku mahu beriltizam. Moga-moga aku berjaya.

On the other note,
Sekarang ini jemaah haji sudah berkumpul di tanah haram. Ada perasaan halus yg sungguh mengujakan (ada ke perkataan ni?) tiap kali aku membaca atau mendengar cerita haji. Bilakah agaknya aku akan diberi kesempatan untuk menunaikan rukun ke-5 itu.

Kata seorang sahabat:
"Determination is all you need to perform Hajj".

Dan DOA.



"Kami datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tiada sekutu bagiMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu. Tidak ada sekutu bagiMu."

It sounds lovely, kan?

Friday, November 6, 2009

If I go away

As much as I enjoyed with what I'm currently doing but I think I need a break.
Laziness at home perhaps.
Watching movies one after another.
Reading books.
Or simply do nothing.

Do nothing.
Nothing.

Saturday, October 31, 2009

Jatuh Cinta?

Aku dalam mode busy sejak dua menjak ini.
Tapi kesibukan itu membuat aku semakin teruja.
Rasa teruja itu aku harap akan membawa aku ke satu dimensi baru.
Sesuatu yang aku tidak sabar untuk mengorak langkah seterusnya.

Ibarat jatuh cinta.
Ya, begitulah.
Atau barangkali,aku benar-benar telah jatuh cinta.

Thursday, October 22, 2009

Mungkin ada benarnya apabila kita berkawan dgn seseorang, tak banyak sedikit ia akan mempengaruhi kita.
Aku telah lama mengenali kawanku yang seorang ini.
Sangat lah love-hate relationship.
Adakala bila bersamanya, aku tidak menjadi diri sendiri (walau dalam keadaan sedar).
Semakin ketara akan dosa yang terlihat.
Semakin nyata aku punyai iman yang goyah.

Dia memang seorang kawan yang baik.
At time, sangat-sangat baik.
Kekadang aku rasa dia ada split identity.
Kekadang aku rasa aku juga ada split identity.
Kekadang aku rasa semakin aku mengenalinya, semakin tidak kenal.
Kekadang aku punyai rasa yang tiada rasa.

Berkawan dengannya sudah tiada rasa teruja.
Kosong.

Thursday, October 15, 2009

Aku agak panas hati arini. Tapi aku tidak mahu membicarakannya di sini. Untuk apa aku mengingati orang yang aku anggap dah tak wujud dalam kamus kerjaya aku?

To retained the professionalism attitude. That is it.

Tahun ini sudah beberapa kali aku menjengah wad Radioterapi & Onkologi di Hospital Kuala Lumpur. Sungguh, aku tidak suka hospital. Ada banyak kenangan bersama aku di hospital. Tapi kali ini aku ingin berkongsi cerita pasal hospital.

Wad Radioterapi & Onkologi adalah penempatan untuk pesakit-pesakit kanser. Mereka yang melalui Chemoteraphy, akan ditempatkan di wad Onkologi. Apa yang aku perhatikan (ini pandangan peribadi aku, tidak semestinya orang lain juga sama), mereka di situ tidaklah seperti yang aku bayangkan selama ini. Ya, selama ini aku selalu fikir mereka ini adalah orang-orang yang dying, seolah menunggu ajal sahaja. Tapi aku tengok mereka ini cool jek. Ada tu selamba sambil mengemas pedestal (dan pada masa itu chemo sedang mengalir di lengan). Ada juga yang hanya duduk termenung, memandang jauh ke hadapan, atau sekadar memandang ke siling. Aku tak nampak pula pesakit yang muntah-muntah (simptom yang acapkali aku dengar). Yang pasti cuma satu, mereka ini kebanyakannya botak. Ada yang botak disebabkan rambut gugur, ada juga yang membotakkan diri untuk kurangkan pressure bila tengok rambut sendiri gugur.

Tapi hari ini, untuk kali pertama aku seumur hidupku, memasuki wad Neuro. Dan aku tidak menoleh kali kedua selepas memandang mereka. Melihat mereka benar-benar membuatkan aku terasa seolah mereka menanti ajal menjemput diri. Atau mereka seperti jasad yang tidak bernyawa.

Dan di perjalanan pulang, aku semakin menyedari bahawa perkara yang paling hampir dengan kita adalah mati. Semakin umur kita meningkat, semakin kita menghampiri akhir hidup ini. Entah esok, entah lusa, entah-entah seketika nanti ajal akan menjemput kita. Dosa semalam seolah belum terhapus, hari ini menambah lagi koleksi dosa yang sedia menggunung.

Bersediakah kita jika dijemput 'pulang' pada hari ini?
Bersediakah aku?

Sunday, October 11, 2009

Sunday Blues

I enjoyed a company of my friends. But the term 'friend' itself has changed a lot. Err what I mean, I befriending a friend of friend. Yeah, my friend's friends are now my friends too. We met occasionally. Most of the time... during gathering.

And I have to admit that as time goes by (read : me getting older), I realised that I only love a company of my own closest friends. The people that I share my thought, the one that I have a love-hate relationship, the one that will be by my side through my hardest time. The one that I called REAL FRIEND.

*sigh*

I hardly feel lonely. Oh...nope, I'm not in denial. I have never pretend to be very busy to avoid the feeling. Thanks to my hectic life I guess. But today...only today... I saw (and feel) the other side of my life. The one that people called EMPTINESS. LONELINESS.
Perhaps.

What did I do to feel that way?
Hmmm...I went to my Yearly Raya gathering only to realised that I've been surrounded with the people I barely know. They bring along their spouse and kids. And me? I sat at one corner of the crowd, not knowing what to do. All I know...I just wanted to go home.

I don't think of going the raya celebration again for next year.
Or the year after. Or the next.
Never.

Saturday, October 10, 2009

Omong kosong

Lama aku berborak dengan seorang kawan pagi tadi. Dan membuat aku terfikir panjang seharian ini. Sejak sekian lama, aku sentiasa merasakan kawan aku terbelenggu oleh 'apa yang orang lain fikir' daripada mendahulukan apa yang diingini dalam hidup.

Adakala aku terdiam memikirkan apa yang diperkatakannya. Cuba untuk menjadi rasional.
Persoalan tentang "Bukankah kebahagiaan itu penting?" cuba aku rungkaikan dari sudut berbeza. Namun, setiap orang punya pandangan berbeza tentang hidup. Tentang kebahagiaan.

Ya, aku mungkin tidak layak memberikan hujah kerana aku tidak berkahwin. Dan pandangan orang bujang seperti aku, tidak lain hanya diiktiraf sebagai melihat kehidupan dari sudut berbeza. Aku sudah muak dengan ayat penyata sebegini:

"Ah, kau lain."
"Kau tak faham. Ini masalah orang dah ada keluarga."

Baiklah jika begitu.

Ada pula yang kata:

"Kau kena faham perasaan dia."

Seringkali begitu lah.

Aku dah merapik. Mungkin terlalu banyak makan kerepek di musim perayaan seperti ini.

Ada wanita mengenepikan perasaan sendiri kerana ingin mengekalkan status 'isteri' dari kaca pandangan masyarakat. Lalu membutakan mata dan hati dengan apa sahaja yang dilakukan oleh si suami. Bahagia itu jauh dari jangkauan. Malah mungkin, tiada dalam kamus hidup.

Ada juga yang membutakan kata hati semata-mata kerana tidak mahu anak membesar tanpa seorang ayah. Dan sekali lagi, apa kata masyarakat. Perceraian paling ditakuti kerana nantinya anak-anak akan membesar dengan penuh tekanan. Takut jadi terrorist?

Entah.

Setiap orang mempunyai prinsip hidup masing-masing. Punya perspektif hidup yang berbeza. Kenapa seseorang itu tidak berkahwin? Ada yang memilih untuk terus kekal hidup sendirian, ada pula kata jodoh belum sampai. Ada pula bertanya : Macam mana kalau jodoh kita dah mati dulu eh? Errr... aku speechless.

Seringkali, tohmahan biasa yang di dengar:

"Kau tu memilih sangat. Mana ada manusia sempurna."

Ya, tiada manusia sempurna. Habis tu, mahu serkap jarang sahaja kah?
Hanya semata-mata memenuhi tuntutan masyarakat untuk mendapatkan status isteri.
Dan mengabaikan tuntutan agama dalam mencari pasangan hidup?
Begitu kah?

Ah, topik berat pula kali ini.
Aku tidak mahu rosak otak memikirkan hal yang tiada kaitan.
Adakala, mengambil pendekatan tidak mahu mengambil peduli itu lebih memberi ketenangan. Sesiapa sahaja berhak menyuarakan pendapat masing-masing.

Samada mahu menerima, terpulang pada diri.
Tepuk dada, tanya pada hati.

Wednesday, October 7, 2009

Mimpi Indah

I had a dream last night.
It was so wonderful.
A dream that I wish will come true.
A dream that I hope will last forever.

Monday, September 14, 2009

...

Aku sedang memandu pulang petang tadi ke rumah.

SMS pendek dari seorang kawan.
"Nak lagu raya apa?"
"Yang Mamat nyanyi tu. Tak ingat tajuk."
Pantas aku membalas. Sememangnya ada dua lagu raya yang paling aku suka.
(Amaran : memandu sambil bersms adalah sukan extreme yang berbahaya).

"Kejap lagi Mamat untuk you, teruskan mendengar HAHA"

Aku sedang melayan lagu Setahun Sekali oleh Amy Mastura. Memanglah ini lagu kegemaran dia . Suara DJ kedengaran:

"Oleh kerana saya baik hati pada petang ini, maka saya perdengarkan satu lagi lagu raya oleh Mamat, Ku Pohon Restu Ayah Bonda."

Dan,
Lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda berkumandang di radio.

I thought he was kidding. But no, he didn't.
Aku geleng kepala dan tersenyum sendiri.
I loiiiiiikeeee *wink*

Saturday, September 12, 2009

Bayaran Tunai

Itu bukan duit raya. Bukan juga tunai dalam bentuk wang. Bagaimana mahu bercerita ya?

Alkisah, pada tengahari semalam, aku berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dengan tujuan utama untuk membeli belah. Dari Ampang, kami menaiki Duke Highway (bayar tol RM2) dan turun di Sentul...Sambil berbual-bual, kereta pula tersangkut di dalam kesesakan jalan raya...tiba-tiba ada dentuman kuat dari arah belakangku! Aku sempat mengerling ke cermin pandang belakang..Masya Allah, sebuah motosikal telah menghentam belakang keretaku!!! Aku pandang Nana. Dan Nana pandang aku. Terfikir lah juga, aku ada break mengejut kah? Masalahnya kereta kami memang tidak bergerak.

Aku sempat juga lah ternampak Lelaki India (LI) itu seolah-olah terpelosok di bawah keretaku. Nana pula hanya sempat melihat selipar LI terpelanting. Ngeri kan?

Ok, kami parked kereta di tepi bahu jalan, dan aku keluar ingin melihat keadaan lelaki itu. Itupun sempat berdoa...janganlah mati!

Alhamdulillah, LI itu bole berdiri dan berjalan. Orang ramai mula mengerumuninya. Well, pretty obvious all those 'orang ramai' were Indians. I was at their territory (read : Sentul). No, I'm not racist.

Aku : You ok ke?
LI : (mengangguk)
Aku : Motor ni takde break ke? (Sambil aku berundur melihat kereta aku. Tak kemek, alhamdulillah).
LI : Kereta you ok ke?
Aku : Nevermind lah. Tapi next time you bawak motor hati-hati ok? (memanglah ada calar, tapi tak kemek. Jadi, aku tak kisah sangat.)
LI : (mengangguk).

Sempat aku kerling ada plastik makanan di handle motornya. Tak boleh nak kubayangkan kalau makanan itu bersepai di atas jalan.

Nana : Kalau makanan tu bersepai, aku rasa kau amik purse dan keluarkan 10 ringgit, kau pulak yang bagi kat dia.

Barangkali.

Apa pula kaitan dengan Bayaran Tunai seperti tajuk di atas?

Sekarang ini Ramadhan. Allah bagi reminder kepada aku untuk menjaga tutur kata. Aku berpuasa. Mungkin aku terlupa. Sesungguhnya aku ini berpuasa.

Thursday, September 10, 2009

Jalan Pintas ke Syurga

Setiap manusia pasti mahukan cara yang mudah. Kalau boleh semua benda pun mahu ada jalan pintas. Perhatikan sahaja ketika kesesakan jalan raya, berapa ramai yang memotong di kiri jalan sebagai jalan pintas? (itu termasuk juga diriku sendiri. Aku mengaku, aku juga punya sifat 'selfish' begitu). Ada setengah orang memilih jalan pintas untuk berjaya dengan menindas orang lain.

Ada kala aku terfikir, betapa dangkalnya pemikiran seseorang yang sering mencari kesilapan orang lain, tanpa mahu menelek (ada ke eh perkataan ni?) diri sendiri. Atau mungkin dah telek diri, tapi tidak mahu mengaku kesilapan.

"Kalau saya salah, saya minta maaf. Kalau awak yang salah, kena bertaubat kepada Tuhan."

Errkk...apakah?

Kadangkala ada orang ingin mempertahankan diri lalu mengambil jalan pintas menyalahkan orang lain.

Takutkah untuk berdoa seperti ini?
"Ya Allah.. tunjukkan kebenaran kepadaku. Sekiranya aku benar, tunjukkan. Sekiranya dia yang benar, kau tunjukkanlah kepadaku."

Jika ikhlas mencari kebenaran kenapa pula berdoa yang bukan-bukan sehingga mendoakan seseorang itu ditimpa musibah?

Teruslah aku teringat ayat Hang Tuah:
"Akukah yang benar atau Jebatkah yang benar?"

Motif? Heh, aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba lain yang aku nak tulis, lain pula yang aku taip! *Pengsan*

Berbalik kepada topik Ramadhan kita pada kali ini (ececeh...macam aku pulak yang jadik penceramah bebas. Tak bertauliah). *Pengsan lagi*

Menurut penceramah jemputan Masjid Putra Perdana pada malam ini i.e. Ustaz Riduan, bulan Ramadhan antara bulan yang apabila beramal di dalamnya, Allah akan gandakan pahala. Contohnya mendengar tazkirah di masjid. 70 kali ganda lebih banyak dari bulan yang lain. Makanya, kalau bulan lain, kena dengar 70x tazkirah barulah sama dengan 1 tazkirah di bulan Ramadhan. Indah bukan? Mungkin kita semua juga pernah dengar pahala solat berjemaah di Masjidil Haram = 100,000 ganda, di Masjid Nabawi bersamaan 10,000 ganda manakala di Masjid Al-Aqsa di BaitulMuqadis sama dengan 5,000 kali ganda (tolong perbetulkan jika tersilap). Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kenapa kita tidak rebut peluang di hadapan mata?

Ustaz juga memberitahu betapa pentingnya sifat REDHA dalam diri. Kisah seorang makcik yang dijanjikan syurga hanya kerana sifat Redha yang ada pada dirinya. Alangkah indahnya Islam ini. Anda buat, anda dapat (bak kata Ustazah Siti Bahiyah itu)...tee hee hee

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(Al-Qadr : 1-5)

Jom kita manfaatkan 10 Ramadhan terakhir ini kekawan!

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan : Hari ke-18

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (Al-Waqi'ah : 8 - 15)

Ini adalah surah yang Imam perdengarkan ketika 4 rakaat terakhir Tarawikh pada malam ini. Sungguh, aku sangat terkesan dengan ayat ke-15. Adakah aku akan tergolong di dalam golongan sebilangan kecil dari orang2 yang datang kemudian? Layakkah aku? Mampukah aku menyelitkan diri, menempah tiket untuk menjadi sebahagian dari golongan kecil itu? *praying harder*

Aku ingin berkongsi cerita pengalaman aku seketika tadi. Ketika sedang solat rakaat ke-5 solat Tarawikh, seorang kanak-kanak berhenti di hadapanku. Menyelak sejadah kecilku dan mengambil kunci keretaku! Aku terkedu. Sempat juga berkira-kira mahu keluar saf atau tawakkal sahaja. Alhamdulillah, aku berjaya menahan nafsuku, dan meneruskan solat hingga salam. Usai sahaja, aku terus mencari budak kecil berbaju hijau. Beberapa jemaah memandang (dan tertanya-tanya mungkin, tapi tidak terkeluar. Tersurat soalan itu di wajah mereka). Aku menjengah keluar masjid. Budak kecil itu seperti kilat - berdesup desap hilang sekelip mata.

Aku di sapa oleh seorang jemaah.

"Cari siapa?"
"Nampak tak budak berbaju hijau? Dia ambil kunci kereta saya"
"Itu kunci kereta awak." Kakak itu menunjuk ke lantai.

Aku toleh ke kiri. Memang benar itu kunciku. Aku memanjat kesyukuran.

Ada beberapa pengajaran yang aku ingin ambil iktibar, untuk aku jadikan peringatan kepada diri sendiri.

1. Tawakkal. Aku rasa itu senjatanya. Aku akui, ketika budak itu berdiri di hadapanku dan memijak2 (sebab aku rasa dia boleh rasakan dia seperti memijak sesuatu), aku sempat berharap dia tidak mengambilnya (ya, khusyuk ku hilang terbang serta-merta). Kemudian dia mengambil kunci dan terus lari. Sedangkan aku sepatutnya tawakkal sahaja dan berserah sepenuhnya kepada Allah ketika itu (sepertimana aku bertawakkal ketika air mengalir ke arahku ketika aku sedang solat suatu ketika dulu. Subhanallah! Allah benar-benar menjagaku). Mujur, aku tak lari mengejar budak itu di ketika itu juga. Haru jugalah ada sesi kejar-mengejar meredah saf mengejar kunci kereta, kan?

2. Kunci kereta letak lah dalam poket, atau letak di tempat yang tidak boleh dicapai oleh orang lain. *rotan diri sendiri*

3. Ibu bapa perlu prihatin. Membawa anak kecil dan membiarkan berkeliaran melintasi setiap saf, bukankah elok solat sahaja di rumah? Juga, aku rasa wajar untuk mengajar anak dari kecil adab berpakaian. Kalau pun mahu berbaju tidur, pakaian biarlah sempurna. Berbaju t-shirt labuh paras lutut tanpa seluar panjang, aku kira bukanlah pakaian yang sesuai di dalam masjid. Mengimarahkan masjid itu sangat dituntut, tetapi adab2 juga perlu diambil kira sekalipun anak itu belum baligh. Bukankah melentur buluh biar dari rebung?

4. Merapatkan saf. Itu masalah dulu, kini, selamanya. Di mana-mana pun sama sahaja. Ada jemaah tidak mahu berganjak merapatkan saf hanya kerana duduk di bawah kipas. Atau di sebelah kipas. Atau di sebelah pintu. Mendapatkan angin lebih penting dari merapatkan saf? Bisikan syaitan tiada kerana telah dibelenggu, bisikan nafsu pula bagaimana? Agaknya kalau angin yang dipanggil kentut, berganjak tak?
Eh, ada kaitan tak dengan kisah hilang kunci? *rotan lagi*

Ustaz jemputan bagi sesi tazkirah malam ini juga mengingatkan tentang perlunya mencari malam Lailatul Qadr. Dan diam tak diam, kita telahpun hampir meninggalkan Ramadhan tahun ini. Kita telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan bermula esok.

Apakah & bagaimanakah kualiti Ramadhan kita pada kali ini?
Semoga ini Ramadhan terbaik untuk kita semua.
Ameen.

Monday, September 7, 2009

Ceritera Ramadhan

Masa berlalu begitu pantas. Hari ini dah masuk hari ke-17 atau lebih tepat dipanggil hari Nuzul Al-Quran. Selangor cuti umum pada hari ini. Tapi sejak semalam, aku berada di office. Ya, aku bekerja pada hujung minggu membawa kepada cuti umum. Lebih tepat lagi, jam di laptop aku menunjukkan angka 05:10 a.m. dan aku sedang mendengar lagu dari band Kuburan yang di pasang dengan kuat oleh rakan sekerja yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Boss' (anak kawan aku yang panggil begitu), sambil jejari yang tembun ini tangkas mematuk keyboard, mengarang ayat demi ayat untuk tender submission pada 12:00 tengahari ini. Sahur? sekadar air kosong yang diteguk berulang kali. Jiran sebelah minum air milo.

Bercerita pasal Ramadhan, aku terasa ini antara Ramadhan terindah dalam hidupku. Kebanyakan masa Iftar 2009 aku memang di rumah berbanding menjelajah hotel-hotel terkemuka di kota besar ini sejak beberapa tahun yang lalu (memenuhi undangan). Apa yang aku lihat hanyalah pembaziran semata-mata.

Dan tahun ini merupakan percubaan aku menajamkan kemahiran memasak yang tidak seberapa itu heheh

Seronok juga melihat rakan yang seolah tidak pernah kulihat sujud di atas sejadah, melengkapkan ibadah puasa dengan solat yang konsisten. Alhamdulillah, aku berharap dan berdoa semoga ibadah itu berkekalan. Mungkin mata kasar aku sahaja yang tidak penah melihatnya sebelum ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Hening subuh alam.
Dingin pagi yang sejuk membeku di luar sana.
Tapi aku di sini ditemani dingin aircond yang mungkin mengeluh kerana terpaksa bekerja keras sejak semalam.

Tuesday, September 1, 2009

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Mubarak

Ramadhan datang kembali.
Ramadhan yang kunanti-nantikan sudah tiba.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa.

Mari kita manfaatkan kelebihan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Aku berharap ini Ramadhan yang terbaik untukku.
Untuk kamu.
Untuk kita.
Ameen.

Wednesday, August 12, 2009

Lost in translation...

I think it's about time for me to make a big decision in life. Major decision that my mind could not comprehend the word 'making decision'. There is no excitement on what I'm currently doing. Penat otak is the best word...at the moment.

All I have to do is just wait.
Another 6 months to go.
Perhaps.

Hmmm...I would love to take one step at one time. But it seems to me that it will take years to actually make that first step!

Shall I wait a little bit more longer? *sigh*

Sunday, August 2, 2009

Konsert Search Di Awan Biru

Berbaloi-baloi??

Hmmm...nampak gayanya tagline Amy tak berapa menjadi. Sound system sangat failed. Sangat kecewa. Walaupun kali terakhir aku pergi ke live concert masa zaman uni dulu (yep, aku bukan kaki konsert). Seingat-ingat aku, pernah lah bersesak-sesak tengok Kumpulan Gersang buat konsert,tu pun sebab sekolah aku dulu anak angkat RTM, jadinya adalah artis datang buat persembahan. 1989. Wah, 20 tahun yang lalu!!!

Aku sangap beberapa kali. Mungkin juga aku tak boleh nak menyanyi bersama-sama. Ada beberapa lagu tak pernah dengar. Errr...Isabella aku menyanyi lah dengan sepenuh hati...

Brother kat sebelah kami membebel:

"Aku kecewa. Lepas ni aku beli Tribute album je lah"

Kami angkat punggung sebelum konsert berakhir. Jadi, faham-faham sahajalah apa maksudnya kan? Dah lah berjalan sejauh lebih 2 km dari tempat parking kereta ke Equestrian Club Mont Kiara. Bukan double atau triple parking dah, 4 lapis HUWAAAAAAA
berharap dan berdoa kereta sebelah atau depan kami bukan die hard fan Search. Kalau tak haru lah menunggu berjam-jam pulak.

Sampai rumah pukul 2:00 a.m. Penat!

Friday, July 31, 2009

Bandung : 25 - 28 Julai 2009

Bandung terletak 180km dari Jakarta merupakan antara 5 daerah utama di Kepulauan Jawa. Juga dikenali sebagai Paris Van Java. Tetiba aku teringin untuk pergi ke Kepulauan Sumatera. Mungkin tahun hadapan, sekiranya diizinkan Tuhan :)

Kami sampai di kota Bandung lebih kurang pukul 8:10 p.m. Kami terus check-in di Hotel Karmila di Jalan Dago dan kemudian terus beradu (konon nak simpan tenaga untuk perjuangan pada keesokan hari).



Pasar Baru

Kalau di tanya kepada mana-mana perempuan warga Malaysia, rasanya jarang yang tidak pergi ke sini. Tetapi kalau ditanya kepada lelaki, pasti gelengan kepala berlaku secara automatik. Apapun, kami bertiga tidak lama di Pasar Baru. Mungkin sebab dah berhabis-habisan di Tanah Abang, maka di Pasar Baru ini kami hanya sekadar membuat perbandingan harga. Dan antara tujuan utama untuk mencari Tailor. Orang kata, upah membuat baju di sini murah. Gigih lah kami keluar-masuk kedai bertanya kos upah untuk menjahit seluar.

Kami makan tengahari di kedai Pak Che Met di Foodcourt Pasar Baru. Aku lebih menyukai makanan Sunda berbanding masakan Padang. Ikan Gurame Bakar antara menu utama yang pasti di order. Bersama Jus Alpukat (Avocado) yang sangat yummy! Di kedai ini ada Paket A,B,C,D. Boleh pilih mengikut kesukaan masing-masing. Harga juga sangat berpatutan. Kami bertiga makan hanya sekitar IDR150,000...Kenyang sehingga ke esok pagi!

Pengangkutan utama yang paling kami gemari di Bandung ialah menaiki Angkutan. Murah. Hanya IDR2,000.

Kota Kembangan

Dari Pasar Baru, kami terus menuju ke Kota Kembangan dengan menaiki beca untuk membeli DVD movies yang sangat-sangat murah. Beli 10 gratis 2, sekeping berharga IDR5,000. Murah kan? Pada asalnya aku hanya mahu membeli sekeping dua sahaja, tetapiiiii.....hamik kauu... 50 keping DVD yang diborong oleh kami bertiga!! beserta 11 keping yang diberi percuma! Selepas ini kalau aku beritahu betapa sibuknya jadual, korang pasti tahu apa aktiviti aku, kan? Yang pasti aku ada full set of Detective Conan series, yayyyyy!

Rumah Mode

Ini antara Factory Outlet (FO) yang sangat popular di Bandung. Sempat juga aku menyambar sehelai jeans. Aku sekadar menghabiskan waktu duduk di bangku di luar Rumah Mode sementara menunggu pasangan suami isteri itu membeli-belah. Sebenarnya aku tidak mahu terjebak membeli barang yang tiada keperluan. Pembaziran itu bukankah amalan syaitan? Huhuhu

Kami dinner di Java Bean cafe. Beriya-iya aku nak makan mee kocok tapi rupanya aku tersalah order. Kecewa. Sungguh kecewa.

Bale Anak/Heritage/Cascade/Rabbani FO

Di sini lah kami berjalan-jalan pada hari kedua di Bandung. Untuk memudahkan pergerakan, kami menyewa Suzuki Arena untuk tempoh satu hari (sekali dengan supir).

Kampung Daun

Selama bertahun, aku mendengar keistimewaan tempat makan ini. Akhirnya, tercapai juga cita-cita untuk menikmati makanan dan merasai sendiri keistimewaan Kampung Daun. Tetapi kalau di tanya kembali kepada kami, err... indah khabar dari rupa! Mungkin kerana kami bertiga ini orang yang sangat simple. Tidak perlu pergi jauh-jauh untuk makan. Asalkan sedap dan dekat, itu sudah memadai. Tapi adakala pengalaman tidak boleh dijual beli. Itu mungkin penyebab kami pergi ke Kampung Daun. Namun untuk pergi sekali lagi, mungkin tidak. Apapun, jika kembali lagi ke Bandung, aku pasti sekali ingin pergi ke Sapu Lidi dan Dapur Sangkuriang. Sekadar ingin mencuba. Jika berbaloi pada harga dan keenakan makanannya, pasti kembali lagi. Suasananya damai, tenang. Dipenuhi pepohon hijau. Mungkin itu sebabnya dinamakan Kammpung Daun. Tempat Musolla juga ada disediakan. Bersih dan kemas. Tapi awas, air paipnya tersangatlah sejuk.

Pemandangan menyusuri ke Kampung Daun sebenarnya menarik. Di kiri kanan jalan boleh dilihat kebun-kebun sayur. Kata Pak A'a (supir kami) di kawasan ini dimiliki oleh orang-orang kaya Cina. Memang boleh di lihat banglo sebesar-besarnya dari tepi jalan. Kaya. Memang sungguh kaya.

Roger's Spa

Selepas kekenyangan, kami meneruskan agenda. Kali ini Spa. Kami sudah bertanya kepada pekerja hotel malah kepada Pak A'a, mereka kurang arif tempat-tempat seperti ini. Jadinya, kami ke Roger's Spa sahaja. Hanya buat hair treatment dan Facial. Tidak, bukan lulur melulur. Tidak juga pedicure manicure. Berbaloi-baloi harganya :)

DSE Factory

Ketika sampai di sini, azan Maghrib sudah berkumandang. Aku pula sudah hilang mood gara-gara selsema tiba-tiba datang menjenguk. Sekadar menebeng di kerusi menunggu dua lagi rakan membeli-belah. DSE ini terletak di Jalan Dago. Bagi mereka yang bertubuh besar, banyak pilihan pakaian boleh di cari di sini.

Pak Che Met Outlet

Makan lagi. Aku sebenarnya masih kekenyangan. Sesuatu yang pasti perutku memang well behaved kalau pergi melancong. Tidak mengaruk, tidak minta selalu diisi. Teringat semasa di Bandung setahun lalu:

"Kau tak lapar ke?" Nana tetiba bertanya kat aku.
Sempat aku mengerling ke jam. Baru pukul 11 lebih. Uish...tengahari pun belum, kenapa pula nak lapar?

"Tak. Perut aku memang bijak. Lagipun kalau melancong, makan memang bukan agenda utama aku. Kagum tak?"
"Agak jugak lah".

Agak hairan bila Nana mengadu lapar. Dia bukan orang yang kerap mengadu lapar. Bukan seperti aku yang memang suka makan. Err.. sebenarnya aku memang sangat popular sebagai kaki makan. Mengunyah non-stop?

Berbalik kepada cerita makan malam, kami memang teringin bebenar makan di Outlet Pak Che Met. Mungkin menu nya lebih variasi. Apabila sampai, our first impression were good. Kedainya besar. Teratur. Ada live band setiap hari Isnin dan Rabu. Dan kebetulannya, kami sampai pada hari Isnin. Akan tetapi, apabila melihat pada menu, agak mengecewakan juga lah. Mungkin expectation kami terlalu tinggi. Jus buah pun tak banyak pilihan. Mungkin kami membuat perbandingan dengan Branch di Pasar Baru (tapi orang kata kot ya pun nak buat perbandingan, jangalah bezakan Foodcourt dengan restoren yang berhawa dingin,kan?). Atau sebenarnya kami ini cerewet? Hahaha Nak makan yang sedap, tapi murah dan selesa.

Yang paling membazir, aku makan tak habis. Isk, sudahlah mahal, tak habis pula. Bukan tak sedap tapi aku masih lagi kekenyangan. Kalau berjalan, makan memang bukan agenda utama. Eh, macam dah cerita dah tadi? Huhuhu

Hajat di hati ingin ke Kartika Sari untuk membeli kek coklat kukus tidak kesampaian. Ingin melihat lukisan-lukisan di Jalan Braga jugak tidak berkesempatan. Hanya sempat buat lintas hormat sahaja. Lagipun kami kekurangan cash. Kami terus bergerak pulang ke hotel untuk bersiap sedia mahu kembali ke tanahair pada keesokan hari. Sempat juga kami berbual kosong dengan Pak A'a tentang kehidupan di Bandung. Tersentuh hati mendengar kisah hidupnya. Dia bekerja dari jam 8 pagi hingga 9 malam, membawa kami menjelajah ke seluruh kota, tapi hanya di bayar upah IDR75,000 daripada IDR500,000 yang kami bayar untuk sewa kereta. Sehari suntuk, tapi sebegitu sahaja upahnya? Jika tiada mengambil upah memandu kereta sewa, dia mengambil upah membersihkan masjid. Anak yang paling kecil berumur 16 tahun. Entah kenapa, dengan Pak A'a kami tidak bertanya tentang Indonesia, atau tentang pemimpinnya, atau semangat juang bangsanya, tapi kami lebih bertanya kepada persoalan peribadinya. Jauh di sudut hati, kami sebenarnya bersyukur pada nikmat yang Allah beri kepada kami.

Esoknya, kami kembali lagi ke Pasar Baru. Tujuannya hanya satu, ingin menghabiskan rupiah yang ada. Ini barulah dikatakan kehendak melampaui keperluan. Kami berusaha membeli seadanya, tetapi umpama ombak yang menghempas pantai, begitulah juga perumpaan kami membeli-belah di saat akhir. Daripada asal hajat di hati nak membeli sehelai dua, pulang ke hotel dengan beg plastik yang di usung kiri dan kanan. Hebat, kan?

Urusan imigrasi di Hussain SasteraNegara Airport tidak lama. Tapi yang mengambil masa selama hampir 2 jam ialah urusan bagasi dengan AirAsia. Gila! Ini semua gara-gara access baggage lah hehe

Secara keseluruhan, Bandung mungkin bukan lagi tempat yang menarik untuk aku lawati. Mungkin kerana aku sudah mengetahui apa yang aku mahu, apa barang yang boleh dibeli dan di cari. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak pegi ke Terminal Tas? Summit? Diaz? Donatello? Victoria Secret? Kami pernah marathon pada tahun pertama hampir ke seluruh FO, Boutiques, dan segala. Kali ini kami sudah kecilkan skop kami.

Yang pasti, kami meninggalkan bumi Indonesia dengan perut yang lapar. Tak sempat nak lunch gara-gara urusan bagasi yang sangat lama. Harapan untuk memakan nasi lemak Pak Nasir di dalam pesawat juga hancur berkecai kerana pesawat kami bukan datang dari Kuala Lumpur. Yang ada hanya Mee Segera.
Mee Segera ABC.
Ironi kan?

Thursday, July 30, 2009

Jakarta : 24 - 25 Julai 2009

Jakarta oh Jakarta! Kami kembali lagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Bukan kerana cinta pada keindahannya tapi lebih kepada tujuan untuk membeli-belah…dan belajar sedikit sejarah perjuangan Indonesia yang sungguh besar …dengar ceritanya. Apatah lagi dengan kes pengeboman berani mati yang berlaku seminggu yang lalu. Jika kali pertama pergi 2 tahun yang lalu kami agak gamble, tahun lepas pula aku lebih menjadi pemandu pelancong kepada rakan-rakan (ya, rombongan Mbak Aijah seramai 13 orang!). Kebanyakannya rakan sekerja termasuk juga boss aku. Kiranya pada masa tu, department aku hampir tutup kedai lah bila ramai ahli mesyuarat tingkapnya bercuti serentak (bayangkan, kami memohon pre-approval dari COO kami kerana hampir suku pekerja mahu cuti bersama-sama.)

“Mak aii, korang semua nak pergi ke bulan beramai-ramai ke sampai apply cuti 8 bulan awal?”

LULUS! Tapi bergantung kepada apa yang akan berlaku 8 bulan kemudian lah.



2009, percutian kami lebih santai. Hanya bertiga. Tapi dalam santai tak santai kaedahnya, hotel di Jakarta tetap tak dibuat tempahan. Malah di Bandung pun aku hanya membuat tempahan 2 hari sebelum berlepas. Sekali lagi, perkataan gamble memang sangat sinonim dengan kami? Heheh Adakah ini dipanggil kegagalan pengurusan masa? Atau mungkin terasa diri ini hebat kerana masa pertama kali dulu pun gamble, setara pergi kali ketiga tentulah tiada masalah? Barangkali.

Seperti tahun-tahun yang sudah juga, kami mengambil penerbangan pertama pesawat AirAsia iaitu jam 6:50 a.m. Meredah sejuk beku pagi, kami selamat tiba di Soekarno-Hatta Airport dua jam kemudian. Seperti biasa juga, ulat-ulat (pemandu-pemandu teksi) mula mencari sasaran. BlueBird…Bluebird, kami berbisik sesama sendiri. Tapi yang ada kaunter Silver Bird. Oh itu rupa-rupanya. Kalau beriya-iya mencari juga kaunter Blue Bird, alamatnya memanglah duduk kat terminal sampai 5 hari kemudian. Blue Bird..Blue Bird, kami dah seolah-olah berzikir pula. Sebenarnya, tidak mahu kesilapan lalu diulang. Bukankah orang yang melakukan kesilapan yang sama itu adalah orang yang bodoh? Entah di mana aku pernah mendengar orang menyebutnya begitu.

Tapi penyudahnya, kami menaiki kereta sapu milik Pak Rahman kerana dia sahaja yang menawarkan harga yang murah (IDR150,000). Dan kami menaiki Mercedez Benz meredah sinar pagi kota Jakarta *wink*. Tak tahu lah ini pilihan terbaik atau mungkin sememang takdirnya begitu, kami dipertemukan dengan Pak Rahman yang bercakap tanpa henti di sepanjang perjalanan. Katanya dia lama menetap di Kuala Lumpur. Dan menyebut beberapa tempat sebagai bukti dia pernah berada di Malaysia. Dan bersungguh menyebut perkataan yang dihujung A jadi E (DIA jadi dierrr, apa jadi aperrr)

“Kenapa pulang ke Indonesia, Pak?” soalan ditanya sekadar berbahasa.
"Indonesia ini BAHAGIA”.

Aku sekadar menterjemahnya sebagai : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Siapa yang tidak cintakan tanahairnya? Lebih-lebih lagi rakyat Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan melalui pertumpahan darah. Jiwa yang kental. Tidak seperti Malaya yang mencapai kemerdekaan melalui perundingan. Dia turut mengakui tentang kemelut kemiskinan dan kerakusan pemimpinnya yang sangat tegar, tapi semangat cintakan tanahairnya begitu ketara dari tutur yang keluar dari mulutnya. Di tambah kesungguhannya menggunakan Bahasa Malaysia di celah-celah dialek Indonesia-nya.

“Hidup ini indahnya pada mimpi.”

Tiba-tiba Pak Rahman setelah bercakap tentang agama, tentang segala pekerjaannya, tentang Indonesia dan sempat ala-ala memberi ceramah agama kepada kami.

“Mimpi?”
“Iya deh, kerna bila kita tidur, mimpi itu kan indah. Tidak perlu difikirkan masalah hidup. Mimpi itulah indahnya hidup.”

Habis tu, dah kalau mimpi dikejar raksasa bagai...atau mimpi kena bunuh, indahkah? Errr… aku hanya mengomel dalam hati sahaja lah.

Pak Rahman membawa kami ke Hotel Istana Ratu di Jalan Jaksa (tidak jauh dari kebiasaan Hotel Rota yang kami pernah menginap). Lebih murah katanya, dan lebih selesa. Indeed, he was true. Not bad at all and way better than Rota Hotel. Kami memang sengaja memilih hotel yang berdekatan dengan Tanah Abang iaitu di Jalan Wahid Hasyim. Kebanyakan supir memang tahu jalan ini kerana ada Hotel Ibis yang terkenal itu, berdekatan pula dengan Sarinah (Kompleks), tidak jauh dari Jalan Sabang (Begitulah yang kami sebut kepada mana-mana supir setiap kali mahu pulang ke hotel). Malah sebenarnya, tidak jauh juga dari MONAS (Monumen Nasional).

Tanah Abang

Ini adalah destinasi pertama kami dan tujuan utama kami datang ke Jakarta. Blok A (disebut AA di Indonesia). Membeli barang grosir atau secara pukal. Sama seperti Pasar Baru di Bandung, Jakarta pula terkenal dengan Tanah Abang untuk membeli barang grosir. Pak Rahman yang menghantar kami (dengan menambah tambang RM10). Dan seperti hebatnya sejarah perjuangan rakyat Indonesia, begitu jugalah hebatnya kesesakan jalan raya di Jakarta. Macet!!! Tapi Pak Rahman memecah kesunyian dengan bercerita tanpa henti. Kali ini dia bertanya pula nama-nama kami. Berdasarkan nama, dia cuba menilai kami. Kamu ini begini begitu. Kamu pula itu ini. Dan kamu ini, KERAS. Wah, pendek sahaja penilaiannya. Tapi penilaian dari kacamata orang yang berpengalaman seperti dia, kami hanya sekadar tertawa kecil. Kemudian dia bercerita tentang keluarganya. Siap tunjukkan lagi gambar isterinya yang berbangsa Jepun.

Kami juga ke blok F dalam pencarian kain ela. Mencari bahan, bak kata orang-orang di sini.

Banyak juga rupiah yang kami laburkan di Tanah Abang. Ada 9 tingkat keseluruhannya (di sini di sebut Lantai). Sebut sahaja apa kemahuan hati, macam-macam ada. Janganlah pula mencari Kasut Gombak, tentulah tiada. Atau tiba-tiba nak mencari beg jenama Leno, aku rotan kau di situ juga. Kalau nak sahut seruan kempen Belilah Barangan Malaysia, apa kes pula kau datang ke Jakarta? Kan? Ok sambung cerita...dari kain ela, ke baju kebaya, ke kain lace, chiffon, ke lycra, spandex pun ada. Err…Ini baru lah betul kalau mahu membuat perbandingan di antara kain di Jakel dengan kain di kedai-kedai di sini…Meraung juga lah perbezaan harga...Kain telekung, kasut, handbag, semua pun ada. Di sini lah tempat untuk menguji tahap kesatria tawar menawar. Atau mahu menguji kesaktian Bahasa Indonesia dah tahap mana. Kalau nampak sign Obrol, jangan lah mengada-ngada nak tawar (Obrol = Best Buy). Itu harga dah diskaun lah tu. Atau kalau dengar mereka menyebut:

“Nggak bisa mbak, ini harga pass”. Meroyan minta kurang pun tak akan diberi.

Apa yang penting? Oh bukan kerjasama. Tak perlu itu semua. Duitnya sahaja yang perlu disediakan. Kartu kredit? Lupakan lah. Di sini hanya menerima transaksi tunai. Dan kalau tidak pernah tertipu bila membeli, itu namanya Abnormal. Hehehe kami tertipu juga oleh ulat yang membawa kami ke blok sebelah. Blok F. Banyak juga perbezaan harga. Ralat? Sudah tentu lah. Pengalaman? Itu yang paling bernilai (katanya...) Oh aku hampir terlupa, kalau mahu meralatkan diri sendiri, pun boleh! Bagaimana? Beli lah baju di kedai A, lepas tu nampak baju yang serupa di kedai C, buat-buatlah tanya harga. Kalau tak sumpah diri sendiri, itu juga aku panggil ABNORMAL.

Lunch kami? KFC. Di Lantai 8. Ya, seperti tahun sebelumnya, begitulah. Bila tak tahu nak makan apa, di tambah pula kerisauan halal-haram makanannya, pilihan terbaik ialah makanan segera yang terjamin status halalnya (sekurang-kurangnya lah). Kami seringkali diingatkan tentang orang-orang Indonesia yang kelihatannya serumpun, sebangsa, tapi mereka ini belum tentu seagama. Walaupun Indonesia mempunyai umat Islam paling ramai di antara penduduk dunia, itu juga bukan satu jaminan makanan di situ kesemuanya halal. Itu aku. Kalau orang lain tak peduli dengan itu, makan sahajalah apa yang ada di depan mata. Tidak ada salahnya. Prinsip hidup itu kan terpulang pada diri masing-masing? :)

Ini juga pengalaman pertama kami kehujanan di sini. Meredah hujan dengan selamba (dalam hati sempat gak berdetik nasib baik awning tudungku kain shantong! Kalau Thai silk, bersiap sedialah melihat awning itu kerepot dengan sendirinya). Disebabkan Hujan = Kesesakan Jalan Raya hampir di seluruh dunia, dan juga kesulitan mendapatkan teksi, kami menaiki Bajaj (di sebut Bajai) untuk pulang ke hotel. Lebih kurang macam tut-tut di Thailand itu lah. Memang sangat mendebarkan. Pemandu Bajaj memang menyusup-nyasap di celah kereta, motorsikal, di tepi bas atau sebolehnya lah mereka menyelit. Secara spontan, aku pun akan mengecilkan diriku, boleh? HAHAHAHAAH Berbaloikah memperjudikan nyawa sebegitu? Err... berbaloi lah kot dari duduk dalam kesesakan jalan raya berjam-jam lamanya?

ITC Cempaka Mas

Kebanyakan kedai di Jakarta beroperasi sehingga pukul 5:00 p.m. Maksud aku, di pasar-pasar lah. Shopping Complex sehingga pukul 9 malam. Selepas bertanya kepada beberapa orang tempat yang masih beroperasi di malam hari, kami bergerak ke ITC Cempaka Mas sejurus selepas Maghrib. Tujuan asal hanya untuk mengisi masa terluang, melihat keindahan malam di kota Jakarta tapi apa yang berlaku sebaliknya. Kami membeli barang-barang kecantikan pula heheh Barang-barang kosmetik. Dari pencuci muka, ke bedak, ke deodorant! Inilah yang dikatakan Shopaholic? Penjual itu sebenarnya yang pandai menjual, dan kami pula memang dilahirkan sebagai perempuan yang mudah terpedaya kepada fitnah kecantikan! hiks

Tak sempat dah kami nak merayau-rayau di ITC Cempaka Mas ini. Dinner? A&W (Di sini di sebut A-We). Ya, pasti kecewa kan kerana kami ini tidak adventerous? Bab makan, memang tidak. Bab lain untuk memperjudikan nasib, memanglah Ngetop!

Mayestik

Di sinilah halatuju kami pada hari kedua. Tidak seperti di Tanah Abang di mana deretan kedainya bertingkat-tingkat, Mayestik pula kedudukan kedainya berderet-deret di sepanjang jalan. Macam-macam ada. Tapi kami mencari kedai yang menjual kain ela. Selepas menyusuri beberapa kedai, kami akhirnya berkampung di Mumbay Tekstil. Lebih murah berbanding yang lainnya. Di sinilah juga aku melihat untuk kali pertama tukang jahit berada di satu lantai yang sama. Sebelah menyebelah. Hampir seluruhnya begitu. Yang menjahit kain, menjahit manik, semuanya bersusun. Aku terlupa untuk mengambil gambar mereka.

Kami menaiki teksi. Kali ini pak supirnya berjiwa IndonesiaRaya. Sempat kami berbual-bual bercerita perihal politik Indonesia. Topik yang sangat menakutkan, bukan? Dia bercerita tentang asal kota Jakarta yang hanya ada beberapa bangunan sahaja. Sebelum Soeharto mengambil alih tampuk pemerintahan dan membawa kapitalis-kapitalis Barat. Meminggirkan anak bangsa dalam pembangunan negara. Dia bercerita kisah Jakarta di era 70-an dan 80-an. Menunjukkan kami satu-satunya bangunan lama yang masih kekal iaitu Bangunan Grand Indonesia. Ibarat menjolok sarang tebuan, kami bertanya di mana Marriot Hotel dan Ritz Carlton. Wah, terus bersemangat dia!

"Itu memang harus di bom tempat itu. Runtuh terus lagi bagus!"

Sentimen perkauman masih jelas kekal dari nada suaranya. Kemudian dia menyambung cerita ketika rusuhan perkauman di Indonesia. Dan kebetulan kami memang melalui tempat yang dimaksudkannya.

Apa yang aku lihat dan pelajari, Indonesia sebenarnya masih lagi terjajah. Dari artikel yang pernah aku baca, Indonesia meminjam wang dari IMF ketika kegawatan ekonomi yang menyebabkan hutang negara berbillion rupiah. Dalam diam, aku bersyukur menjadi warga Malaysia. Hidup berharmoni di antara kaum. Sekalipun politik tetap bergolak, tetapi tidak sehebat pergolakan di negara-negara jiran. Umat Islam tertindas. Bangsa tertindas. Ada kala, melihat maruah dan jati diri tergadai. Keperitan hidup (malah aku seolah boleh menghirup kepayahan hidup kota Jakarta) membuat aku bersyukur pada apa yang dianugerahkan Tuhan kepadaku. Kepada negara Malaysia ini. Bangsa Melayu di Malaysia sebenarnya masih bernasib baik.

Dari Mayestik, kami kembali ke hotel untuk check-out dan terus menuju ke Stesen Keretapi Gambir (Stasiun KA). Walaupun sudah 3x ke Jakarta, ini kali pertama kami menaiki keretapi menuju ke Bandung. (Kali pertama dulu kami menaiki Trafel atau van, kali kedua disebabkan ramai, kami telah menyewa MPV sedari awal).

Sebut pasal Trafel, aku masih teringat pengalaman pertama di negara orang. Setelah bertanya kepada beberapa orang, kami menaiki Trafel yang tiketnya boleh di beli di Mc Donald di Bangunan Sarinah. Agak kecewa juga, kerana kami terpaksa duduk berhimpit-himpit selama hampir 3 jam. Kami kemudiannya disuruh turun di satu tempat yang tidak diketahui. Kalut. Buntu. Kalau tak silap kami diturunkan di tempat bernama Batu Gua atau Gua Batu. Entah. Tapi bayangkan, ketika azan Maghrib berkumandang, kami terpinga-pinga di tepi jalan, tidak tahu berada di bumi yang mana. Tidak tahu mahu menghala ke mana. Kami betul-betul berada di simpang empat di pekan itu. Ke kanan kah? Ke kiri? Atau berjalan terus? Alternatifnya pastilah teksi. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkan teksi. Takut? Itu sudah pasti kerana kami memang kelihatan asing. Hari pula semakin gelap. Orang yang memandang memang tahu kami bukan orang Indonesia. Mujur, ada seorang pakcik bertanya dan tolong menahankan teksi untuk kami. Apa yang kami bimbangkan ialah, kami tidak tahu berapa jauh Bandung dari tempat kami, dan yang paling risau, kami tidak membuat sebarang tempahan hotel. Yang ada di minda cuma Hotel Karmila. Kalau fully booked? Heh, nak sangat gamble kan? Rasakan!

Dan di situlah berakhirnya cerita kamera Nikon milikku. Rasanya aku tertinggal di dalam teksi itu. Maka tiadalah gambar-gambar terlampau yang sempat aku ambil untuk dijadikan kenangan. Sedih.

Itu cerita tahun 2007. Ini tahun 2009. Mestilah ada peningkatan kan? Jalan cerita mestilah lebih menarik pastinya. Hehehe Kali ini kami ingin menaiki keretapi. Ada dua jenis di Jakarta ini. KA Parahyangan dan Argo Gede. Harga berbeza, kelas nya juga pastilah berbeza. Kalau KA Parahyangan itu, ada dua kelas iaitu Kelas Bisnis dan Kelas Eksekutif. Jangan perasan lah Kelas Bisnis tu macam kapal terbang ya. Kelas Bisnis tiada penghawa dingin (disebut A-Ser). Macam Bas lompat-lompat begitu. Ada tingkap di mana lembut sang bayu bisa menerjah dan menampar ke pipi. Boleh menyebabkan selsema (untuk orang seperti aku lah). Kelas Eksekutif ada aircond. Itu sahaja bezanya. Malang sekali, dah penuh. Maka kami tiada pilihan selain KA Argo Gede. Tiada kelas-kelas. Semua pun eksekutif. Tiket berharga IDR55,000. Aku bandingkan kedua-dua train ini seperti AirAsia dengan MAS lah. Jadinya, bayangkanlah sendiri. Di KA Argo Gede,ada pelayan yang menghidang makanan. Ada orang yang melayan. Ada TV. Akan diberi roti dan air mineral. Kalau mahu makan nasi goreng pun boleh. Bayar sahajalah. Ok lah kan. Sayang sekali, train kami pukul 5:40 p.m. Tak lama bergerak, hari sudah senja. Gelap. Terlepaslah nak menyaksikan keindahan bumi Indonesia. Tidak dapat kami melihat terowong yang dibina semasa pemerintahan Belanda. Tapi kalau perjalanan siang hari pun, rasanya kami hanya belasah tidur sahaja. Mimpi itu indah, kan?

Thursday, July 23, 2009

Jakarta - Bandung

Esok aku akan berangkat ke Jakarta-Bandung. Ini merupakan kembara kali ketiga aku sejak 2 tahun yang lalu. Apa istimewanya negara jiran ini hingga aku berulangkali pergi? Kami memanggilnya Shopping Trip, kerana agenda utama pergi ke sana adalah untuk membeli belah. Ya, kami bukan warganegara yg menyahut seruan kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Pengaliran wang keluar? Errr...kat Malaysia pun tak beli jugak barang buatan tempatan, jadi tak lah rasa bersalah kan? I vote for quality first, brand later.

Kali pertama pergi pada tahun 2007. Oh, itu merupakan detik bersejarah kerana memang kami berdua terjah kota Jakarta dan Bandung, hanya berbekalkan kertas A4 berisi segala maklumat. Disebabkan kedua-dua kami tersangat sibuk dan tiket pulak seperti biasa booked a year ealier, maka persediaan hanya di buat pada ala kadar (tapi of course lah tanya kekawan sana sini pengalaman masing-masing).

"Eh, kita tak book hotel lagi, cemana ni?"
Dahlah ini kali pertama pergi oversea, tak book hotel pula? Tak ke itu agak gila namanya?

"Kita GAMBLE je."

Dan ya, kami memang memperjudikan diri berada di negara orang. Sesampai sahaja di Soekarno-Hatta International Airport (atau dikenali sebagai Bandara), kami dah tertipu oleh pemandu teksi. Memang biasa agaknya, 'ulat' ada di mana-mana, untuk approached kita naik teksi mereka. Teksi yang kami naik tu overcharged. Mahal ah. Padahal rakan taulan, sanak saudara sudah berpesan, jangan naik teksi lain selain BLUEBIRD. Takpe, ini barulah dipanggil pengalaman hidup (padahal nak sedapkan hati je). Walau dalam hati ada rasa kesal.

Aku sempat bertanya pada pemandu teksi tempat-tempat yang ada di sekitar Jakarta (ya, kami ada list yang panjang tempat-tempat yang harus di tuju di Jakarta. Tapi persoalannya, nak mula dari mana? Buntu.

"Nona berdua kali pertama datang Jakarta?"
"Ya!" Serentak kami menjawab.
"Ada teman nggak?"
"Nggak ada."
"Hotelnya sudah ada?"
"Nggak."
"Waduh, nona ini berani sekali datang ke mari nggak punya teman, nggak punya hotel yang mahu di tuju."

Kami sekadar sengih macam kerang busuk.

Kami berhenti betul-betul di hadapan Ibis Tamarin Hotel, tidak jauh sebenarnya dari Bangunan Monas. Dengan rasa yakin, kami masuk bertanya rate hotel. Berubah muka raasnya bila mendengar harga sebab mahal (walau hanya IDR450K, tapi sebagai budget traveller seperti kami, rate itu mahal). Apa yang berlaku? Aku terkonyong-konyong lemah. Kemudian sesi kami keluar-masuk hotel di kawasan sekitar untuk bertanya rate (dah owh, memang malu diperhatikan oleh orang-orang Indonesia yang kehairanan melihat kami).

Tiba-tiba mata kami terpaku kepada satu hotel yang kecil - Rota Hotel.

"Jomlah masuk dan tanya. DAN check-in. Kalau tengok dari luar, tak mahal kot?"

Di situlah kami menginap untuk 1 hari bermalam di kota besar Jakarta. Lega rasanya kerana ada penginapan.

Itu pengalaman kali pertama menjejakkan kaki menjadi Pelancong di bumi Indonesia. Banyak yang aku ingin kongsikan(tapi dulu takde blog walaupun kerap baca blog orang). Bezanya trip kali ini, agak risau dengan kes pengeboman Jakarta beberapa hari yang lalu. Juga dengan virus H1N1 yang semakin berleluasa ketika ini.

Kata orang, kita perlu belajar dari pengalaman.
Tapi aku? Esok seawal 650am sudah berada dalam flight, tapi sehingga sekarang masih tak reti2 nak book hotel di Jakarta. Alasan nya... busy? (Iyolaaahhhhh tuuuu...)

ps: Will combine all the 3 times trip once I get back next week. Err... if time permits! huhu
pps: Pray for my safe journey! Jakarta, wait for me!

Tuesday, July 14, 2009

Jiwa Tersentuh...

Sejak kebelakangan ini, mood membaca aku membuak-buak. Kebetulan mungkin, aku punya masa untuk membaca maka beberapa buku menjadi pilihan.

1. Ketika Cinta Bertasbih (Episod I & II)
2. Airmata di Pintu Baitullah
3. The Kite Runner (ada orang kata watch the movie first, then read.. so that's what I did hehehe the book is on my bookcase though, soon to be read insylh)
4. Mukjizat Cinta (in progress)

Rembesan airmata yang tiada henti lah. Banyak pengajaran yang aku dapat dari cerita Ketika Cinta Bertasbih terutama pencarian Azzam untuk menjadik jodohnya. Sekalipun jodoh, ajal dan maut seseorang telah ditentukan olehNya, tetapi usaha berterusan dilakukan tanpa henti oleh Azzam (we shall do the same I guess, if we want to get something). Aku tersentuh apabila di saat dia ingin menggapai bahagia, ibunya pula kembali ke rahmatullah. Ujian dan dugaan dihadapi dengan tabah.

Airmata di Pintu Baitullah adalah koleksi kisah-kisah yang berlaku di Mekah pada musim Haji, sebagai pengajaran dan pedoman. Ada beberapa kisah yang sangat menyentuh hatiku, memberi ruang untuk diri ini berfikir. Dan seterusnya bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari segala ilmu.

The Kite Runner. Owh.. perasaan sebak bermula dari seawal cerita. Kisah persabahatan yang tiada tandingannya. Agak terkejut juga melihat bagaimana hukuman hudud dilaksanakan di Afganistan (ditunjukkan dalam filem itu bagaimana hukuman rejam dijalankan ke atas orang yang melakukan adultery). Juga terpesona dengan watak Hassan yang begitu protective dan sangat loyal. Juga mengimbau kenangan masih kecil bermain layang-layang bersama rakan-rakan. Ada pengajaran yang boleh di ambil bagi yang mahu melihat dengan mata hati.

Kebelakangan ini aku agak mudah tersentuh (miss touching tu gelaran untuk Yahani, bukan aku) hehehe

Dan lagu ini? Mengundang kenangan yang cukup indah. Ketika aku ter'bumped into this song', kenangan bumi Makkah terus bersemi. Teringat kata-kata mutawwif:

"Para jemaah sekalian, sekarang ini kita telah meninggalkan Tanah Haram Makkah. Ini adalah sempadan di antara tanah haram dan tanah halal."

Ketika itu aku memang sedang melayan perasaan. Bilakah aku akan kembali lagi ke sini? Bila tiba-tiba mutawwif kami mendendangkan lagu Doa Perpisahan.


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Di atas perpisahan ini

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu


Menangis dalam diam. Barangkali hampir seluruh para jemaah begitu. Semoga mutawwif kami menjadi seorang Mutarrabbi. Dan kemudiannya menjadi Murabbi kepada pencinta ilmu. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatinya. Itu doa kami (atau setidaknya, itu doaku.)

Aku ingin kembali lagi.
Senjatanya adalah DOA.
Insya Allah.

Friday, June 5, 2009

Umrah & Ziarah Part II

Seumur hidup, ini lah pengalaman yg sangat sangat sangat indah yg pernah aku lalui. Cabaran? Dugaan? Ujian? Sudah tentu ada. Sudah tentu pelbagai. Anugerah Tuhan untuk diriku. Tapi cabaran terbesar ialah utk istiqamah dgn apa yg telah dilalukan sekembali ke tanahair. Sesetengah orang menganggap ujian di Tanah Haram sebagai balasan atas segala dosa yang dilakukan tetapi tidak ramai yang mahu menganggap itu sebahagian dari nikmat yang ingin diberi olehNya kepada hambaNya. Sekiranya pun ujian sebagai balasan dosa, bukankah itu juga anugerah Ilahi kerana sifat PengasihNya yang mengampunkan segala dosa? Wallahu’alam.

Kesempatan selama 3 hari di bumi Madinah, dan 9 hari di bumi Makkah AL-Mukarramah merupakan kesempatan yang sebenarnya cukup singkat untuk aku teroka kedua-dua Tanah Haram itu. Pun begitu, bersyukur sangat-sangat kerana berpeluang menyaksikan sendiri kebesaran dan keagunganNya di hadapan mata. Tak tahu bagaimana untuk aku luahkan dengan kata-kata. Sehingga hari ini pun, bila aku memejamkan mata dan membayangkan Madinah, pasti Jabal Uhud dan Masjid Nabawi tergambar jelas di ruang mata. Seolah-olah slides yang diputar berulangkali yang membawa rasa bahagia dalam hati.



Keistimewaan Jabal Uhud, Rasullah S.A.W telah bersabda:
” هذا جبل يحبنا ونحبه“
Maksudnya: “Bukit ini (Uhud) mencintai kami dan kami mencintainya.”

Seolah baru semalam pertemuan tak terduga dengan seorang lelaki tua yang menyapa ketika sedang leka bergambar ketika di bumi Madinah. Terkesima, apabila di akhir pertemuan dia mengungkap sebaris ayat yang membuat aku berfikir panjang.

'Tuhan telah takdirkan kita utk berjumpa di sini pada hari ini'.


Terkedu. Sungguh, ia memberi ruang yang sangat luas untuk aku mencari rahsia tersirat di sebalik pertemuan sesingkat itu.

Perjalanan Madinah-Makkah yang mengambil masa hampir 8 jam meredah padang pasir di bawah panas terik mentari (bas berhawa dingin tu), membuat aku terfikir perjuangan Rasulullah s.a.w ketika berhijrah. Sesungguhnya, aku bersyukur kerana lahir sebagai sebahagian dari umatnya dan berharap diberi syafaat baginda di hari akhirat nanti. Masih juga terbayang jelas mendaki Jabal Nur untuk melihat gua Hira’. Kami memanjat bukit pada malam hari. Dan sampai di gua Hira’ kalau tak silap hampir tepat jam 12 tengah malam. Dari atas bukit, sayup mata memandang kelihatan sinar indah Masjidil Haram. Dingin malam, angin bertiup perlahan seolah membawa aku jauh ke alam fantasi (kerana antara rasa percaya berjaya mendaki bukit yang didaki oleh Rasulullah s.a.w beribu tahun yang lalu). Antara rasa percaya Berjaya meletakkan kaki di atas bukit yang pernah Nabi diami, berada tempat wahyu pertama diturunkan. Dan antara rasa kagum pada keagungan Allah, dan harum wangi gua Hira’. Aku bersujud di tempat nabi pernah bersujud!

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang ku sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Aku pergi dengan dosa menggunung tinggi, dan kembali bersama cinta dlm hati!
moga dengan cinta itu akan membawa diri ini utk kembali lagi menjadi tetamuNya.

Senjatanya adalah doa, kan?

Sunday, May 31, 2009

Umrah Ziarah Part I


"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu"


Segala puji bagi Allah yang telah memberi keizinan kepada aku dan 3 orang lagi sahabat untuk menjadi tetamuNya di Tanah Suci. Perjalanan kami bermula dengan berkumpul di KLIA seawal 8:30am. Perasaan bercampur baur ketika itu. Penerbangan kami ke Bahrain menaiki pesawat Gulf Air berlepas tepat jam 11:30am. Ini penerbangan pertama aku yang paling jauh, melebihi 3 jam perjalanan. Selama hampir 8 jam perjalanan dipenuhi dengan membaca buku, menonton movie, makan dan tidur dan tidur. Dan err… tidur lagi?? (nak kata lah kan bangun-tido-bangun tapi tak sampai2 jugak) hehe Kami transit selama 3 jam di Bahrain (masa dipenuhi dengan berjalan2 sekitar terminal, solat, dan cuci mata. Umaagg aiiii punya lah mahal matawang Bahrain!!! 1 dinar Bahrain sama dengan almost RM11… terbantut hajat untuk membeli apa-apa). Tapi sempat juga membeli-belah di McDonald (that’s what we did to kill the time). At precisely 5:30pm (local time), kami meneruskan perjalanan ke Jeddah. Dua jam berikutnya, kami sudah sampai di bumi Arab Saudi. Urusan imigresen agak lama memandangkan jemaah dari Negara lain tak reti nak ikut peraturan (read : queue). Masa ini bangga lah jugak menjadi sebahagian dari bangsa Asia dari rumpun Melayu yang sangat mendengar kata dan bersopan santun.

Kami di sambut oleh 2 orang Mutawwif bernama Andi Saputra dan Ariel (we pronounced his name as Arel Peterpan, bole?) hehe Kemudian perjalanan diteruskan lagi menaiki bas pula menuju ke Madinah. Took about 7 jam la jugak! Naik bas je semua orang sambung tido. Mengikut kata Mutawwif kami, bas akan berhenti di R&R untuk tujuan solat dan dinner. At that point, we didn’t really buy the word dinner! Kepenatan sudah melangkaui keperluan untuk another makan session (but again, dah 3x makan onboard, apa lagi nak kesah, tul tak?)…Bas berhenti di Yaaman Restaurant dan kami dihidangkan dengan nasi dalam talam (yg dimakan bersama 5 orang sedulang). Simple yet delicious, and all the sleepy jemaah makan jugak nasi berlaukkan ayam bakar dan ikan goreng.

Kami sampai di Madinah ketika azan Subuh hampir berkumandang. Perasaan tika itu sudah bercampur baur. Mutawwif sudah mengejutkan kami apabila kami memasuki sempadan tanah haram. Subhanallah! Aku telah memasuki tanah haram! Alhamdulillah! Bersyukur pada rahmat Allah yang mengizinkan dan memudahkan perjalanan kami. Aku sudah berada hampir kepada Rasul Allah s.a.w. Dan perasaan kali pertama memandang Masjid Nabawi? Subhanallah!!! Hanya Allah yang tahu perasaan kami seluruhnya di kala itu. Doa dibaca. Selawat dan syukur dipanjatkan kepada Ilahi, pada kurniaanNya. Kedatangan kami ini sebagai memenuhi jemputan untuk menjadi tetamuNya. Dan berharap menjadi tetamuNya yang istimewa.

Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan?

Sunday, May 17, 2009

Kembara diri

Selama ini aku seringkali mendengar orang berkata tentang lambaian Kaabah. Rasa terpanggil yang tidak tertahan-tahan. Agaknya itu yang aku rasa di ketika ini. Airmata bergenang antara syukur dan takut. Takut pada apa? Aku sendiri tidak pasti. Tapi kita sememangnya perlu ada rasa takut dan berharap dalam diri kan? Jiwa seolah sudah tiada lagi di sini. Ingin benar aku menjadi tetamuNya. Ingin benar aku menjejakkan kaki ke sana. Moga-moga dipermudahkan segala urusan.

Panggilan telefon dari rakan taulan, dari ahli keluarga berdering sehari dua ini. Ucapan doa dan harapan... mereka panjatkan untuk kembara kali ini. Ya, tiada kenduri doa selamat. Atau solat hajat berjemaah. Tiada. Malah untuk ke Airport esok pun, aku sudah berpesan kepada kakak ipar, tidak perlu ambil cuti untuk menghantarku. Cukuplah sekadar mendoakan aku selamat pergi dan pulang. Di amankan perjalanan. Sihat tubuh badan. Dan diterima segala amalan. Aku juga berharap kembara kali ini untuk aku menyusuri kembali diri sendiri.

Teringat pula beberapa hari yang lalu, seorang rakan meminta maaf segala bagai. Minta dihalalkan yang mana terlebih dan terkurang. Wah, terus aku bertanya, kenapa dah macam lagu Rabbani - Pergi Tak Kembali?? Owh...takut tak? Teringat pula dia ke Australia berminggu-minggu tidak pula bermaafan segala. Ironi? Benar, Mekah adalah tempat suci untuk penyucian diri dari segala dosa. Mungkin itu yang dia maksudkan. Aku berharap satu hari nanti, dia juga akan menuruti jejak langkah ini.

Esok, seawal 8:00am harus berkumpul di KLIA. Untuk urusan passport,visa dan boarding pass. Mungkin ada sedikit taklimat kepada para jemaah. Kami dijangka berlepas pada jam 11:30 am dan di jangka tiba di Bahrain pada pukul 2:05 pm waktu tempatan. Transit 3 jam sebelum penerbangan berikutnya ke Jeddah. Dari Jeddah, kami akan menaiki bas ke Madinah melalui padang pasir yang luas terbentang. Atau mungkin bermalam di Bahrain. Segalanya berkemungkinan. Ya, perjalanan yang jauh dan panjang. Aku tak kisah, cuma berharap perjalanan Jeddah-Madinah di siang hari. Aku ingin menikmati indahnya bumi Anbia'.

Ini kembara pertama aku ke tanah haram.
Aku harap ia bukan yang terakhir.

Tuesday, May 12, 2009

The preparation...

Nervous.
Excited.
Beyond words I could describe how I feel right now.

The checklists has been prepared.
The history has been read.
Am I ready for the journey?
Will I get what I want?
Will He accepts me as His guest?

Pray for me!
Pray for me!

Here am I, O Allah, Here am I! There is no associate with You. Here am I. Surely all praise and graces are Yours, and so are the dominion. There is no associate with You.

Takut dan berharap, kan?

Monday, May 4, 2009

Kuala Linggi - Port Dickson Getaway

For the past one month I really need a vacation. Was thinking of going to Pulau Perhentian, or Langkawi, or Tioman but a quick, short distance getaway will do I guess. After a short discussion on where to go, we decided to go to Kuala Linggi. About 120km from Kuala Lumpur, we started our journey from different location. Me from Puchong. Anna from Setapak, and her hubby drove all the way from Sg. Petani! Whilst Fakhrun decided to take laluan sepanjang laut katanya and took Langat-Morib-Lukut-Port Dickson-Kuala Linggi en route.

For the first time in my life, I go fishing. Err.... it’s more to ikut org memancing. And I simply fell in love with fishing! Hmmm....for me fishing not only needs a skills but a patience (especially bila org sebelah dan sebelah dan sebelah asik dapat ikan). Dan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. I took the opportunity to see a breathtaking view at Sungai Linggi. A little I know about local history, jambatan di Sg Linggi tu adalah sempadan di antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Kiranya ala2 sekejap kat melaka, sekejap dah sampai N9. Hehehe

Dinner malam tu kami pergi ke Restoren Terapung, about 5mins away from our KM Chalet. Ini dinner sambil melihat sunset. Later that night, we went to Bandar Hilir. Sejam lah jugak (sebab sesat2). Halatuju pertama Jonker Walk where you could see all types of items from crafts to antiques to pets to local foods. Macam pasar malam pun ya jugak benornya. Then kami pergi ke Stadthyus, from there kami naik beca mengelilingi kota Melaka di malam hari! (cost us RM20). We stopped (to take photos) at Samudera Museum, A Farmosa, passes by Menara Taming Sari and Dataran Pahlawan, tengok pokok Melaka (where they believe daun pokok Melaka tu bagus utk ubat diabetis, darah tinggi). The Abang Beca sangat helpful. Explaining about Malacca history over and over again. Siap ada sesi macam cikgu sekolah:

Abg Beca: Apa tujuan Tunku pegi ke London?
Me : Rundingan kemerdekaan.
Abg Beca : Tunku naik apa?
Me : huhh?? Abg ni mcm cikgu kat sekolah lah.
Abg Beca : Naik apa? (he repeated his question)
Me : Aeroplane.
Abg Beca : Ok, sekarang kita dah sampai kat replika kapalterbang yang bawa Tunku ke London.

Well trained by Jabatan Pelancongan Melaka kot abang beca nih?
Habis dah seharian kami di bumi Melaka.

The next day, it was rain. *sigh* Heavily rain since around 5am. Bila hujan teduh around 830am maka teruslah kanak-kanak riang ria mau mandi laut (read: main pasir). But truth to be told, the parents were more excited than the kids! Budak-budak main pasir kat tepi pantai, manakala mak budak dan bukan mak budak berenang-renang di lautan (persisiran jek lah, mana berani lebih-lebih sebab tak tahu berenang) sheessh.. but hey, at least I know how to float myself! Itu step pertama untuk belajar berenang kan? Though I guess I could only float myself for not more than 10secs. Hehehe

After check-out at about 1130am, we went straight to AD Goat Farm (ladang kambing milik Azizon & Dalina) huhu and that was my first time ever to hold a goat, for photo taking purposes. Dinch kan? Saya mempelajari perihal kambing secara mendalam (dan terus bercita-cita untuk turut memiliki ladang kambing dan perlu membeli seekar tanah untuk tujuan tersebut). Yeah I know, orang ada ladang kambing kita pun nak, orang ternak cacing kita pun nak ternak cacing. Orang nak kaya raya, tapi kita nak hidup sederhana tetapi mewah?? HAHAHAA you wish anne, you wish! Oh, we ate mihun goreng yang simple tapi sedap (read : lapar).

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Kuala Linggi, kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Sasaran utama ke PD Ostrich Farm. Ya adik-adik sekalian, bayaran masuk adalah RM8 utk dewasa, RM 4 for kanak-kanak berumur 3-12 thn. (bole dapat diskaun $1 kalau ada Jusco Card. Ya, Jusco Card!). Feeds the Ostrich, feeds the rabbit! Tapi dalam ladang ada bermacam-macam binatang. Bukan sekadar burung unta, tapi angsa, arnab, ayam kampung, monyet dan segala lah. So called a mini zoo. We take a break and tested ostrich satay. Rasa macam sate ayam. Can’t really taste it for the rempah yang telah menghilangkan the original taste of ostrich itu.

Destinasi berikutnya adalah Muzium Tentera Darat. Admission is free. Dan camera boleh di bawa masuk. Ini adalah sesi pembelajaran sejarah Malaysia. I would say that this museum were informative enough for us to learn our own history. About World War II. Dan mengetahui pejuang-pejuang tanahair yang terkorban untuk mempertahankan Negara. I read bout Lt. Adnan Saidi (he was more handsome than Hairi Osman who played his role in that Leftenan Adnan movie). The museum is dsivided by a different eras started with era Kesultanan Melayu Melaka, era British, era Belanda, era Jepun, communists etc and of course how the Angkatan Tentera Darat was formed. I don't really a museum person, but I have to admit that this museum is one of the museum I enjoyed most. The sound system were good too. Very informative. Owh, I saw a warrior named Rentap of Sarawak’s (the replica lah kan). Adalah bagus utk anda membawa anak-anak ke sini untuk lebih mencintai tanahair kita ini.

Petang tu kami kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kembali kehidupan sebagai anak rantau. At precisely 6pm when we hit PLUS highway, we saw a cars parade along the highway...arghhh!! Congested. We took old road instead, terus lah exit from Seremban to Nilai-Salak Tinggi-Sepang-Putrajaya. Sempat jugak stopped by untuk makan durian di tepi jalan.

All in all, it was a great weekend gateaway. Extremely tired though but yeah...we did enjoy ourselves.

Saturday, April 18, 2009

life out of boredom?

i have heard enough that when you love someone, you will do whatever it takes for that love. i did once and i call it unconditional love. the love towards my mother. until the day she passed away in front of me. there was that moment i pray harder and harder. how i wished she will stay with me forever. and started thinking how my life would be without her. and i will hold that love til the day i die.

not only the loves we have to our family but our friendship as well. a friend who would stay by your side through thick and thin. who will woke up in the morning to lend their ears for the stories they had had enough to listen. we build friendship with trust, love and respect. and that friendship will last forever.

and that LOVE. when someone has caught your eyes. when your heart pounding hard the moment you see him. that someone you want to share your life with. and starts asking yourself - is he the right person for you? and wondering if that someone would do whatever it takes for you. because you've been searching (or hunting perhaps) for the right person for you. and finally you did. and he proposed you to marry him.

but what if, there is a twist in your life...and the only choice you have is to let it go?
that when you learn to love someone, you have to learn to letting go?

Vietnam Trip : Mui Ne, Dalat dan HCMC

"Kau pernah dengar Mui Ne dan Da Lat?" "Kat mana tu? Tak pernah dengar pun." "Vietnam. Ada tiket murah RM277. Kau...