Thursday, December 24, 2009

Rezeki

Benarlah, adakala ketika kita teraba-raba hilang arah, Allah Yang Pengasih memberi jalan keluar pada sesuatu yang paling tidak terduga. Bersyukur juga segala urusan aku pada hari ini dipermudahkan olehNya. Makanya sekarang ini aku tidak sabar menunggu lagi 2 minggu.

Syukran Ya Rabbi. Alhamdulillah.

Terus aku teringat pada ayat ini, yang sebenarnya telah lama kutinggalkan.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq : 2-3)


Atau lebih dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar.

Monday, December 21, 2009

Bulan kelahiran

21 Disember pada 32 tahun yang lalu. Kalau ikut kalender Hijriah, tarikh itu bersamaan dengan 10 Muharam. Dan kebetulannya pada tahun ini, tarikh itu tidak jauh berbeza. Bulan ini adalah bulan kelahiranku (Masihi & Tahun Hijrah). Menandakan bahawa hidup ini satu putaran, kitaran yang sama. Di sepanjang hidup kita, kebarangkalian untuk kita temui perkara yang sama, melakukan kesilapan yang sama adalah sangat tinggi.

Pagi ini aku mulakan dengan surah Ta Ha. Kehebatan Al-Quran walaupun membacanya pada kadar yang amat sedikit, sangatlah memberi impak yang sangat luar biasa (peringatan untuk diriku agar tidak meninggalkan Al-Quran). Sekalipun adakala merangkak2 aku membacanya kerana surah ini merupakan surah yang teramat jarang ku baca, tapi itu sebenarnya bukan alasan kerana ilmu yang tidak diamalkan, lama kelamaan akan kelam dan lenyap.

Sekadar perkongsian:

Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Ta-Ha : 1-6)


Aku ingin bercerita tentang Ma'al Hijrah.
Tidak. Bukan tentang perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Semua orang telah tahu itu. Tapi aku mahu melihatnya dalam konteks yang lebih luas. Dalam kontek kehidupan kita sehari-hari. Dalam konteks hidupku, yang lebih tepat. Tahun 1430H membuka lembaran baru dalam hidupku. Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya yang membuat aku semakin matang malah semakin yakin untuk menempuhi hidup ini.

Dan untuk tahun 1431H ini, aku ingin membuka lembaran baru. HIJRAH. Mungkin meninggalkan apa yang aku kerjakan pada hari ini kepada sesuatu yang lain. Risiko yang bukan calang-calang? Itu pasti. Itu bukan azam tahun baru. Tapi Iltizam, yang memerlukan komitmen tinggi dari dalam diriku.

Man Jadda Wa Jadda.
Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil.

Segala puji bagiMu Ya Rabbi, kerana aku masih bernafas pada hari ini.
Berilah kepadaku umur yang bermanfaat.

Happy Birthday, Anne!

Saturday, December 12, 2009

Thursday, December 10, 2009

Ho Chi Minh City - Day II, III

Matahari bersinar indah di bumi bekas jajahan komunis ini. Cuacanya yang kering menyebabkan kami tidak berpeluh langsung (tak pakai deodorant pun masih rasa yakin sepanjang hari! hehehe)...

Sebelum bercerita hari kedua kami, aku ingin terlebih dahulu memperkenalkan tourist guide kami bernama Yaya... Sungguh, kali pertama dengar aku memang teringat Zul Yahya yang berlakon cerita Papaya tu! Lebih melucukan apabila mendengar Yaya bercakap-cakap dengan kami.

"Jangan risau, nanti Yaya bawa shopping kain banyak-banyak."
"Takpe, Yaya sudah makan. Yaya minum saja".

Sounds adorable kalau yang berkata-kata itu kanak-kanak berusia 5 tahun kan? Kemudian dia menunjukkan sekeping name card pelanggan dia, dan ada juga nama dia.

"Laaaaaaa, Yahya rupanya". Tergelak besar kami semua.



Tapi kemudian kami memanggilnya Pak Yaya. Lagipun, dia bukan muda seperti Tony. Oh!

Pagi ini kami ke China Town. Di sini memang khusus untuk membeli kain-kain Lycra seperti rakan-rakan aku yang semua ini usahawan yang dedikasi. Mata aku rambang melihat kain-kain untuk di buat baju kurung, tetapi memandangkan beli baju siap sudah sangat murah, aku hanya menahan iman. Kami makan tengahari di Kedai Shamsudin. Pada asasnya, asal sahaja makanan halal sudah berbaloi untuk kami yang membawa roti yang berbuku-buku. Petang itu, kami ke Hong Anh sekali lagi. Dan, aku rambang mata untuk ke sejuta kali!


kalu ikut nafsu, nak beli semua!


Malam itu, kami hanya makan malam di bilik hotel dengan bekalan makanan yang di bawa dari Malaysia.

Dan buah-buahan juga merupakan santapan utama kami di sini. Tidak meragukan langsung.

Day III


Hari ketiga ini, kami keluar agak lewat. Apa yang bagus di hotel ini, memang telah disediakan alat penimbang. Setelah menimbang berat beg masing-masing, maka hari ketiga ini kami agak insaf. Itupun kami telah masing-masing menambah excess luggage charges untuk 60kg. Masih tidak mencukupi. *geleng kepala*

Hari ketiga ini kami hanya berjalan kaki ke deretan kedai di Bien Tanh. Dalam tidak mahu membeli pun, penuh juga kiri kanan kami menjunjung beg plastik. Dari situ, kami bergerak ke Mai Boutique dan Hong Anh. Ini kerana kawan kami ingin mencari bahan untuk butiknya. Aku benar-benar telah insaf. Aku sekadar menunggu dan melihat karenah rakan-rakan baruku ini.

Setelah penat, kami berhenti makan tengahari di Saigon Halal Restaurant. Owh sangat lah sedap! Aku tambah 3x nasi (ya, no surprise kan?) huhuhu

Kemudian kami kembali ke hotel dan check baju custom made kami. Dari janji asal pukul 3 p.m. siap ke pukul 5 pm ke pukul 7 hingga siap sepenuhnya hampir jam 10 mlm! Kami tak marah tailor kerana masing-masing bukan sedikit tempahannya. Aku sahja dah 3 helai, Izzah sahaja sudah ada baju 9 sekawan, dan rakan-rakan yang lain. Suspek kan diorang ni boleh siapkan dalam masa 24jam?

Aku lupa ingin bercerita tentang pasar malam di hadapan hotel kami yang dibuka pada setiap malam.

"Mari kakak, murah. Murah" itu laungan para pekerja kedai. Nampak sangat rakyat Malaysia ni ramai datang ke Vietnam kan?

Secara keseluruhan, aku menimba pengalaman baru. Selepas ini, aku dah boleh kecilkan skop ku kerana aku dah tahu mana halatuju jika aku ingin kembali lagi ke sini.

Kembali ke Ho Chi Minh?
SUDAH TENTU!!!

Wednesday, December 9, 2009

Ho Chi Minh City - Day I

Kali pertama membayangkannya sudah tentu lah negara yang mundur. Negara yang baru bangkit dari kancah peperangan. Aku rasa semua orang masih lagi teringat kisah Perang Vietnam (paling tidak menonton filem-filem dari Amerika berkaitan peperangan di Vietnam ini), dan ada sesetengah kita membesar dengan tagline "Good Morning Vietnam".



Sedikit latar belakang sejarah lah kan... Ho Chi Minh City (HCMC)ini sebenarnya lebih dikenali sebagai Saigon oleh penduduk tempatan (atau mungkin suku penduduk dunia?). Selepas komunis mengambil alih Selatan Vietnam, nama Saigon ditukar kepada Ho Chi Minh bersempena kepada nama ketua komunis ketika itu. HCMC merupakan bandar terbesar di Vietnam dengan populasi penduduk sekitar 9 juta orang. Dan menurut Pak Yaya (our tourist guide), penduduk Islam di sini sekitar 3 ribu orang sahaja.

Ok, ini bukan blog sejarah. Untuk lebih lanjut, silalah google sendiri ya.

Bersambung kepada cerita percutian kali ini. Percutian yang sebenarnya tidak dirancang (pernah ke aku merancang betul-betul mana-mana trip?) huhuhuhu... Seawal pagi sudah ada drama kat LCCT (again, who is the Drama Queen? hiks)..Tapi bukan aku lah yang DQ nya, 2 orang rakan kami termissed flight walaupun mereka berdua sampai lebih awal dari kami. Tidak dinafikan juga ketidakcekapan para pekerja AirAsia pun sangat lah ketara. Kami sahaja mengambil masa hampir sejam untuk check-in luggage (itu pun dah web check-in dah tu). Sistem yang sangat tidak teratur dan ayat mudahnya adalah : LEMBAP. Perlukah untuk aku menulis surat luahan hati kepada Tony Fernandez? Nanti lah aku fikirkan. (Dah nak sangat low fare kan, jangan banyak bunyi). Tapi kan tapi...kami inilah antara pelanggan yang telah menyumbang kepada kejayaan mereka, kan?

Tinggalkan lah isu itu.

Kami mendarat di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 10:00 pagi waktu tempatan. Seperti yang telah dipesan berulang kali, selepas pemeriksaan Kastam & Imigresen, silalah berjalan menuju ke tingkat atas belah kanan untuk mendapatkan teksi. Dan perlu juga diingat, teksi Vinasun sahaja atau kebarangkalian ditipu oleh pemandu teksi di sini. Paling mudah, jalan lah ke hujung kanan anda hingga bertemu dengan lelaki memakai baju warna hijau bertali leher maroon. Ya, dialah yang menahan teksi kami. Pun begitu, hairan juga aku kerana ramai betul Vietnamese yang ada kat luar Airport secara berjemaah seolah-olah pesta (terus aku feeling macam artis yang disambut oleh ribuan peminat). heheheehe

Kami berlima menaiki Vinasun Taxi meredah sinar pagi Ho Chi Minh City ke hotel kami di tengah bandar. Perjalanan kira-kira 40 minit sebab kesesakan lalulintas yang sebenarnya dipenuhi oleh ribuan motosikal. Hotel kami sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Bien Tanh. Kami menginap di Saigon Pink 2 Hotel dan sangat-sangat berpuas hati pada harga USD100 untuk 3 malam, dibahagi 3 orang pula. Murah, kan?

Kami meluruskan badan seketika sebelum memulakan langkah eksplorasi bandar Saigon. Makanan halal? Tiada masalah. Lintas jalan sahaja dari hotel kami untuk ke V.N Halal Restaurant. Dari situ kami bergerak untuk berjumpa Tailor bernama Tony (aku akui dia handsome, tak caya tanya the whole gang) yang memiliki butik V Anh. Harga? Murah sangat-sangat! Dari V-Anh kami bergerak pula ke Mai Boutique dan terus jadi sewel (pandang kanan, kiri, kanan lagi dan lagi semua mata berkenan!) Dari Mai Boutique terus bergerak pula ke Hong Anh. Akhirnya, aku berjumpa syurga dunia! (Bayangkanlah sendiri apa yang terjadi di butik itu).

Satu perkara yang pasti, motorsikal tersangatlah banyak di bandar ini. Dan sistem lalulintas di sini juga sangat kelam kabut. Barangkali, aku boleh dapat high blood pressure kalau lama-lama di sini. Tetapi, itu bisikan hati pada hari pertama sahaja lah. Kalau di tanya kembali pada hari ini, heh... sudah tentu mahu lagi dan lagi pergi ke sana.

Itu cerita hari pertama kami di sini.

Friday, December 4, 2009

Kota Saigon, Vietnam Part I

Ketika pertama kali Vietnam diajukan kepada aku, terus terasa seperti Thailand. Negara yang tidak terfikir untuk aku teroka dan jelajahi. Sangkaan itu bagaimanapun meleset apabila kakiku berpijak di bumi yang masih di arus pembangunan ini.

Aku ketika ini menulis entry ketika berada di Saigon Pink 2 Hotel, Ho Chi Minh City.

Thursday, December 3, 2009

Juju Kiki Bibi Babat?

Seharian ini aku dibelenggu oleh bebanan kerja yang sangat luar biasa banyaknya. Bukan banyak, tapi ini semua gara-gara aku ingin bercuti 2 hari bermula esok. Teruja bercuti? Errr asakan tugas yang melambak sahaja yang memenuhi setiap ruang otak. Nak bercuti tapi dalam kepala ada segala kerja yang tertunggak, bagaimanakah itu? (walaupun aku tahu the moment I'm on board, segala benda itu akan terbang membelah awan juga) hehehe

Itu bukan pokok persoalan utama yang aku ingin catatkan di sini. Dalam keghairahan aku menyiapkan tugas (read : sekarang ini jam tiga-tiga-puloh-satu-pagi) sempat aku bergelak guling-guling bersama kawan. Indahnya hidup ini apabila diasak dengan pelbagai tuntutan hidup, ada teman yang masih mampu membuat diri tertawa riang. Walau mungkin juga si suami boleh terjaga, atau mungkin terjaga dan menyebok? barangkali hehehehe atau mungkin perut semakin memboncit gara-gara menahan gelak dari terlontar keluar? Barangkali juga :)

too much to think about..trying to rethink what is important in my life...am i happy with my life? or am i pretending to be happy just for the sake of trying to make other people happy. or am i just a good son who keeps saying yes without ever thinking the outcome...

Ini adalah sebahagian dari cebisan hidup sahabat yang tercari-cari arah. Aku juga begitu. Orang-orang di sekeliling aku juga begitu. Malah barangkali, hampir kesemua kita bertanya pada diri persoalan yang sama.

"Adakah aku gembira dengan hidupku?"
"Bahagiakah aku?"

Oh ini soalan mudah yang memerlukan jawapan yang sangat panjang. Mungkin, di sepanjang perjalanan hidup ini masih belum mampu merungkai soalan ringkas begitu.

Adakala aku melihat sahabat yang terserlah kegembiraannya. Tapi semakin mendekatinya, aku cuma melihat hamparan kesengsaraan di seluruh hidupnya. Berpura-purakah dia? Atau mungkin dia menerima takdirnya dengan redha?

Entah. Aku sendiri adakala kusut memikirkan apakah yang paling utama dalam hidupku ini. Semua perkara penting. Semua perkara mahu di buat. Mahu dicuba. Mahu di rasa.

Yang aku tahu, aku ingin memulakan sesuatu. Apa dan bagaimana, aku sendiri pun tidak tahu.

Ia bukan tentang bagaimana ianya bermula, tapi bagaimana ianya berakhir, bukan?

Heh, aku cuma ada 3jam sahaja untuk bersiap sedia...Mengembara boleh mententeramkan jiwa dan membuka minda. Berkelana melihat alam, merencana masa hadapan agar tidak kelam. Sedikit sebanyak, membuat aku bersyukur pada segala kurniaanNya, pada apa yg diberi olehNya.

Tuesday, December 1, 2009

Topik Cacar Marba

Gathering

Pertemuan kembali rakan-rakan sekolah rendah. Class of '89. 20 tahun yang lalu kan?

Pening + Mabuk


Oh, aku sangat takut dengan High Blood Pressure. Or low? Atau apakah?

Tanah dirampok orang


Bukan, mana boleh orang nak rompak tanah. Tapi diceroboh.

Urut

Ini adalah part paling best di kampung. Huhuhu

Kluang

Aku baru discovered satu penemuan baru di daerah Kluang.

Tapi nantilah ku cerita.

Vietnam Trip : Mui Ne, Dalat dan HCMC

"Kau pernah dengar Mui Ne dan Da Lat?" "Kat mana tu? Tak pernah dengar pun." "Vietnam. Ada tiket murah RM277. Kau...