Aku masih di ruang pejabat.
Hanya bunyi kipas berputar kedengaran.
Sunyi.
Adakala, beban kerja yang banyak ini mengundang pertanyaan ringkas:
"Adakah ini "career path" yang aku mahukan?"
"Berbaloikah?"
Mujurlah - aku berada di dalam persekitaran kerja yang harmoni. Teman seiring sejalan, sepercutian, geng tengok bola, geng chatting 24x7, geng merapu.
Bila difikirkan balik, kerana ada rakan-rakan seperti mereka lah yang membuatkan aku masih lagi bertahan.
Dalam diam aku berbisik, "kerja itu ibadah".
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Masa Yang Berlalu
Hari silih berganti. Percaturan alam yang berulang-ulang setiap detik. Masa yang berlalu pergi, tidak akan kembali.
Salam Maal Hijrah untuk kita semua.
Semoga ia menjadi titik tolak untuk berhijrah menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya. Sesekali, beberapa perkara perlu diteliti kembali. Dan persoalan penting yang acapkali berlegar-legar dalam mindaku;
Bagaimanakah solat kita?
Tepat pada masanya kah?
Khusyuk kah kita?
Tentunya, kita tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai?
Aku ingin berpesan kepada diri sendiri, moga-moga ia juga akan mengingatkan rakan-rakanku yang lain.
Wallahu'alam.

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu lupakan diri (kewajiban)mu sendiri, pada hal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) Orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. [Surah Al Baqarah, Ayat 43-46]
Tentunya, kita tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai?
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Aku ingin berpesan kepada diri sendiri, moga-moga ia juga akan mengingatkan rakan-rakanku yang lain.
Wallahu'alam.
Monday, October 31, 2011
Monday, August 22, 2011
Ramadhan # 22
[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(Al-Qadr : ayat 1-5)

Saturday, July 2, 2011
Hakikat Itu
Dua minggu yang lalu aku mendapat khabar berita pemergian seorang rakan akibat kemalangan jalan raya. Walau pun terlewat, aku google berita kematian sahabatku ini di internet.

Sungguh, ia berita yang cukup mengejutkan. Dan mengerikan.
Hakikat kehidupan
Sepanjang perjalanan menuju ke utara tanah air petang itu, aku termenung panjang. Arwah sahabatku ini pergi pada ketika usia yang muda (33 tahun). Ternyata bukan kenangan yang ada antara aku dan sahabat yang telah pergi itu yang aku fikirkan.
Bagaimana jika giliran seterusnya adalah aku?
Bersediakah aku?
Bagaimana aku mahu menjawab di hadapan Tuhanku tentang apa yang telah aku lakukan semasa hidupku?
Apa yang telah aku lakukan untuk agamaku?
Hakikat kehidupan adalah mati yang pasti.
"Ya Rabb, ampunilah sahabatku Zalinda Zainudin. Terimalah segala amalannya dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi."
ZZ, rehlahmu telah berakhir. Damailah di sana.
Kredit photo:http://syamsyun84.blogspot.com

Monday, March 21, 2011
Family Trip
Cuti Sekolah datang lagi.
Kali ini kami 4 keluarga bergabung untuk cuti-cuti Malaysia. Destinasi adalah Bukit Gambang Resort City. Bayangkan nak uruskan 20 orang serentak! Kanak-kanak lah yang agak memeningkan dengan pelbagai karenah dan ragam.
Main bersama-sama.
Kemudian bergaduh sesama sendiri.
Menangis juga bersama-sama.
Sesaat kemudian bergelak ketawa kembali.
Ah, dunia kanak-kanak yang tidak mengenal erti hidup sebenarnya.

Berjimbara
Kami sampai di Gambang sekitar 2 p.m. Selepas selesai urusan check-in, kami meneruskan perjalanan ke bandar Kuantan dan seterusnya ke Teluk Cempedak. Tujuan asal ingin menikmati keindahan laut, tapi anak-anak ini tanpa berlengah terus terjun dan mandi laut!
Melihat ombak yang menderu-deru segera mengingatkan aku badai Tsunami yang menghempas Jepun dan meragut ratusan nyawa. Ombak, sama seperti api. Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.
Aku gembira melihat anak-anak ini bergelak ketawa gembira. Percutian yang aku harap memberi memori indah dalam.
Sungai Pahang & Makan Malam
Malam itu, kami meronda seluruh bandar Kuantan. Melepak seketika di tepi Sungai Pahang dan malam nya kami ke Tanjung Lumpur untuk makan malam. Kedai "Ana Ikan Bakar Petai" menjadi pilihan kami. Ok lah, not bad. Ikan bakar sambal yang diletak petai. Ramai sangat yang amat umat yang datang, kami terpaksa tunggu lama.
Bukit Gambang Resort City
Ini kali pertama aku melihat kawalan ketat di pintu masuk Water Park. Pekerja Resort memeriksa beg untuk memastikan TIADA makanan di bawa masuk ke dalam. Yelah, kekadang kita berjaya je seludup makanan masuk ketika menonton wayang kerana tiada pekerja yang memeriksa, tapi abaikan cita-cita menjadi penyeludup jika ke BGRC.
Bayaran tiket adalah RM21.90 untuk orang dewasa, kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah RM14.90. Kanak-kanak ribena? Masuk adalah percuma sekiranya skala ketinggian sama seperti penguin...errr 90cm ke bawah, seperti Adam ;D

Kami tidak lama berendam di dalam. Sepupu aku membawa anak kecil berusia 6 bulan dan ibu yang dah berusia hampir 60 tahun. Faham-faham sahajalah. Tak betah untuk menunggu lama. Kalau tidak, aku rasa kami semua akan mandi manda di dalam sehingga di halau keluar hihihihi
Percutian yang ringkas dan pendek tetapi meninggalkan kesan.

Wednesday, March 16, 2011
A Conversations
Conversations betwen A and AA:
"Have you been to China?"
"Yup"
"Owh...when? Which part?"
"Hong Kong!"
Yeah, you heard (read) it right.
I went for a short trip to Hong Kong last weekend *grin*
Planning another short trip to Bukit Gambang Resort City this coming weekend.
Stori mori later.

Subscribe to:
Posts (Atom)