Thursday, January 28, 2010

Another days, the same stories again

Tempat kejadian : Kota Damansara
Waktu kejadian : 1430hrs

Seorang polis trafik (PT) menahan keretaku. Ya, ada roadblock di tengah hari buta (diorang ni tak reti panas ke?)

PT : Cik, boleh bagi lesen?

*Geledah beg. Emosi stabil (sebab dah biasa kena tahan polis)*

PT : Tahu apa kesalahan?
Aku : Geleng kepala.
PT : Guna handphone kan?
Aku : Angguk. Encik nak saman saya ke?
PT : Nantilah dulu. Itu boleh dirunding.
Aku : Encik nak saman, saman jeklah encik. Saya redha.

Jujur ikhlas aku menjawab.
Monolog diri : Jangan haraplah aku nak bagi 'duit kopi'.

PT : Kerja kat mana?
Aku : RMPnet.
PT : Takde handsfree ke?
Aku : Takde encik.
PT : Lain kali jangan buat lagi. Ok, cepat jalan.

Yayyyy tak kena saman! *muka kekwat*
Baiklah, saya tahu saya take advantage on the project. hikhik

Sambil menggerakkan kereta, aku mengerling ke cermin pandang belakang. Aku lihat abang polis tadi disoal oleh rakannya. Sempat aku menangkap dia berkata "dah". Owh, dia kata dah saman aku? Wah, dia backing aku ini?

Terima kasih incik polis yang baik hati :)

Monday, January 25, 2010

Hari ini hari Isnin

Dengan lafaz Bismillah, dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Aku bangun pagi ini dan melihat ke dada langit, melihat bintang-bintang yang bertaburan. Sudah sekian lama aku tidak melihat bintang-bintang yang banyak sebegini. Syukur pada Ilahi atas kurniaanNya, atas setiap detik nafasku ini. Bahawa umurku bertambah untuk sehari lagi, bahawa akhir hidup ini adalah sesuatu yang pasti. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. Moga-moga umurku sehari ini adalah umur yang bermanfaat untukku, untuk agamaku.

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).

Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Muzammil : 20)

Sunday, January 24, 2010

Cuti Hujung Minggu

Agak lama aku tidak 'menghayati' kehidupan hujung minggu. Saban waktu, ada sahaja kerja yang perlu aku lakukan. Samada uruskan perkara-perkara penting atau bertemu dengan rakan taulan. Tetapi pada hari ini, aku memang mahu mengkhususkan masa untuk memanjakan diriku sendiri. *ouch*

Aku tak perlukan percutian mewah. Atau melihat ombak yang menghempas pantai. Atau mungkin paling tidak, menonoton filem di panggung wayang. A great weekend for me, is to just stay at home, accompany by a good book. Or just laziness at home doing nothing. Just me. My Soul. Myself. Heheh



Aku membesar dengan komik Gila-Gila. Agaknya dari situ datang sifat gila aku dalam diri? Ngeh ngeh...Lebih tepatnya, aku memang suka karya Ujang. Baru-baru ini kesempatan bumped into Creative Enterprise booth di Shah Alam, membuatkan aku memborong koleksi-koleksi Ujang. Termasuk novel Jibam yang berulang kali telah kukhatam.

Sebentar lagi aku mahu menonton filem.
Mungkin filem Hindi, atau Korean atau Japanese atau Indonesian. Argghh... berlaku pula percanggahan dan konflik diri.

Kabhi Kushi Kabhi Ghum dah jeling-jeling kat aku.
Korean Drama juga sudah memanggil sayu.
Koleksi Japanese Drama mencuba nasib memujukku.
Ketika Cinta Bertasbih secara terang-terangan menjerit ke arahku.

Nantilah aku fikirkan.
Ujang lebih dekat di hatiku ketika ini.

Bagaimana pula cuti hujung minggu anda?

Saturday, January 2, 2010

Jelajah Dunia

Sejak beberapa tahun ini, seorang sahabat sangatlah beriya untuk mengembara bersamaku. Dan setiap kali dia mendengar aku bercuti ke mana-mana sudut dunia,ayat yang sama acapkali diungkapkan;

"Kau asyik bercuti dengan kawan-kawan kau. Bila nak bercuti dengan aku?"
"Where shall we travel together? You just name it and I buy the ticket."

Kebelakangan ini cerita kembara Eropah telah begitu sinonim dalam topik perbualan kami. Masalahnya, aku tidak sekaya mereka. Itu yang utama. Tapi mereka tidak pernah percaya. Keduanya, kami mempunyai 'different interest' yang membuatkan aku mencari pelbagai alasan untuk tidak menyertai mereka. Berterus terang? Sudah, sebenarnya.

Adakala begini pula ayatnya:

"Ya lah, kita ni bukan ijin. Bukan KAWAN dia. Bercuti bersama tak nak. Beli rumah dekat-dekat pun tanak."

Heh, ada kaitan kah itu?

Ketika mereka semua teruja untuk kembara Eropah, aku lebih berminat untuk kembara ke bumi Anbiya'. Malah idea awal dari mereka untuk menjelajah Turki aku sambut dengan senyum gembira (kerana aku telah jatuh cinta pada Turki. Pada sejarahnya yang panjang. Pada kota Constantinople. Aku ingin melihat dan menghirup udara kemenangan tentera terbaik Islam ke atas kota itu. Ingin melihat masjid Biru. Ingin melihat segalanya di bumi Turki). Aku juga bercita-cita untuk menjelajah Gulf Region bersama seorang sahabat yang lain. Malah cita-cita untuk road trip dari Qatar, Bahrain, Saudi dan Oman tetap bermukim di hati. Atau mungkin menjelajah ke seluruh bumi Mesir. Melihat Laut Merah yang menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.

Paling tidak, untuk kembali lagi ke Tanah Haram. Itu impian yang tidak pernah terpadam.

Eropah? Aku terdiam.

Tapi itu bukan pokok persoalannya.

Aku bekerja dengan majikan, bermaksud cuti tahunan aku adalah terhad.
Aku bukan kaya raya seperti mereka, bermaksud duit aku sangat-sangat terhad.
Aku agak fussy dengan itu ini, bermaksud aku sudah ada travel buddy yang aku selesa untuk berjalan-jalan dengannya (you know who you are). hiks
Aku budak kampung dari Kluang yang comot, bermaksud aku tak pandai nak jadi posh girl?
Ye ye, sila abaikan ayat terakhir itu.

Mungkin juga, tidak salah untuk aku mencuba. Tapi ke mana?

“I have found out that there ain’t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them.” – Mark Twain

True, kan?

Vietnam Trip : Mui Ne, Dalat dan HCMC

"Kau pernah dengar Mui Ne dan Da Lat?" "Kat mana tu? Tak pernah dengar pun." "Vietnam. Ada tiket murah RM277. Kau...