Aku : Saya tidak boleh berbahasa Arab.
Gadis itu : Eh? Kenapa tak boleh? Tapi kamu boleh membaca Al-Quran.
Aku : Ya, saya boleh membaca tapi saya tidak boleh bertutur.
Gadis itu : Habis tu, bagaimana kamu memahami apa yang kamu baca?*
* dialog setelah di alihbahasa.
Terasa seperti diriku dilempang laju-laju. Bersungguh aku menunjukkan kitab tafsir yang ku baca. Dia masih keliru. Soalannya masih berkisar kenapa aku boleh membaca Al-Quran dengan baik (mengikut perkiraannya) tetapi tidak memahami apa yang di baca.
Pertemuan singkat itu benar-benar membuka minda dan hatiku. Di sepanjang usiaku, kalimah-kalimah ini melantun dari bibirku, namun hanya lewat kebelakangan ini sahaja aku mula mengintai dan mencari apa yang tersurat dan tersirat. Allah ya Rahman, segala puji untukMu yang memberikan ilham dan keinginan untukku mempelajari bahasa ini.
Bahasa Al-Quran.
Bahasa syurga.
Kalamullah.
Impian itu tidak pernah pudar, apalagi terpadam.
Benar, ia lahir dari rasa cinta. Moga-moga cinta itu akan membawaku ke Syurga.
Aku mohon maghfirahMu Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment