Friday, June 5, 2009

Umrah & Ziarah Part II

Seumur hidup, ini lah pengalaman yg sangat sangat sangat indah yg pernah aku lalui. Cabaran? Dugaan? Ujian? Sudah tentu ada. Sudah tentu pelbagai. Anugerah Tuhan untuk diriku. Tapi cabaran terbesar ialah utk istiqamah dgn apa yg telah dilalukan sekembali ke tanahair. Sesetengah orang menganggap ujian di Tanah Haram sebagai balasan atas segala dosa yang dilakukan tetapi tidak ramai yang mahu menganggap itu sebahagian dari nikmat yang ingin diberi olehNya kepada hambaNya. Sekiranya pun ujian sebagai balasan dosa, bukankah itu juga anugerah Ilahi kerana sifat PengasihNya yang mengampunkan segala dosa? Wallahu’alam.

Kesempatan selama 3 hari di bumi Madinah, dan 9 hari di bumi Makkah AL-Mukarramah merupakan kesempatan yang sebenarnya cukup singkat untuk aku teroka kedua-dua Tanah Haram itu. Pun begitu, bersyukur sangat-sangat kerana berpeluang menyaksikan sendiri kebesaran dan keagunganNya di hadapan mata. Tak tahu bagaimana untuk aku luahkan dengan kata-kata. Sehingga hari ini pun, bila aku memejamkan mata dan membayangkan Madinah, pasti Jabal Uhud dan Masjid Nabawi tergambar jelas di ruang mata. Seolah-olah slides yang diputar berulangkali yang membawa rasa bahagia dalam hati.



Keistimewaan Jabal Uhud, Rasullah S.A.W telah bersabda:
” هذا جبل يحبنا ونحبه“
Maksudnya: “Bukit ini (Uhud) mencintai kami dan kami mencintainya.”

Seolah baru semalam pertemuan tak terduga dengan seorang lelaki tua yang menyapa ketika sedang leka bergambar ketika di bumi Madinah. Terkesima, apabila di akhir pertemuan dia mengungkap sebaris ayat yang membuat aku berfikir panjang.

'Tuhan telah takdirkan kita utk berjumpa di sini pada hari ini'.


Terkedu. Sungguh, ia memberi ruang yang sangat luas untuk aku mencari rahsia tersirat di sebalik pertemuan sesingkat itu.

Perjalanan Madinah-Makkah yang mengambil masa hampir 8 jam meredah padang pasir di bawah panas terik mentari (bas berhawa dingin tu), membuat aku terfikir perjuangan Rasulullah s.a.w ketika berhijrah. Sesungguhnya, aku bersyukur kerana lahir sebagai sebahagian dari umatnya dan berharap diberi syafaat baginda di hari akhirat nanti. Masih juga terbayang jelas mendaki Jabal Nur untuk melihat gua Hira’. Kami memanjat bukit pada malam hari. Dan sampai di gua Hira’ kalau tak silap hampir tepat jam 12 tengah malam. Dari atas bukit, sayup mata memandang kelihatan sinar indah Masjidil Haram. Dingin malam, angin bertiup perlahan seolah membawa aku jauh ke alam fantasi (kerana antara rasa percaya berjaya mendaki bukit yang didaki oleh Rasulullah s.a.w beribu tahun yang lalu). Antara rasa percaya Berjaya meletakkan kaki di atas bukit yang pernah Nabi diami, berada tempat wahyu pertama diturunkan. Dan antara rasa kagum pada keagungan Allah, dan harum wangi gua Hira’. Aku bersujud di tempat nabi pernah bersujud!

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang ku sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Aku pergi dengan dosa menggunung tinggi, dan kembali bersama cinta dlm hati!
moga dengan cinta itu akan membawa diri ini utk kembali lagi menjadi tetamuNya.

Senjatanya adalah doa, kan?

1 comment:

ebikko said...

aiii anak dara citer separuh2 ni....

Mencari hidayah di bumi Barakah Part I

Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain.  Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...