Thursday, October 15, 2009

Aku agak panas hati arini. Tapi aku tidak mahu membicarakannya di sini. Untuk apa aku mengingati orang yang aku anggap dah tak wujud dalam kamus kerjaya aku?

To retained the professionalism attitude. That is it.

Tahun ini sudah beberapa kali aku menjengah wad Radioterapi & Onkologi di Hospital Kuala Lumpur. Sungguh, aku tidak suka hospital. Ada banyak kenangan bersama aku di hospital. Tapi kali ini aku ingin berkongsi cerita pasal hospital.

Wad Radioterapi & Onkologi adalah penempatan untuk pesakit-pesakit kanser. Mereka yang melalui Chemoteraphy, akan ditempatkan di wad Onkologi. Apa yang aku perhatikan (ini pandangan peribadi aku, tidak semestinya orang lain juga sama), mereka di situ tidaklah seperti yang aku bayangkan selama ini. Ya, selama ini aku selalu fikir mereka ini adalah orang-orang yang dying, seolah menunggu ajal sahaja. Tapi aku tengok mereka ini cool jek. Ada tu selamba sambil mengemas pedestal (dan pada masa itu chemo sedang mengalir di lengan). Ada juga yang hanya duduk termenung, memandang jauh ke hadapan, atau sekadar memandang ke siling. Aku tak nampak pula pesakit yang muntah-muntah (simptom yang acapkali aku dengar). Yang pasti cuma satu, mereka ini kebanyakannya botak. Ada yang botak disebabkan rambut gugur, ada juga yang membotakkan diri untuk kurangkan pressure bila tengok rambut sendiri gugur.

Tapi hari ini, untuk kali pertama aku seumur hidupku, memasuki wad Neuro. Dan aku tidak menoleh kali kedua selepas memandang mereka. Melihat mereka benar-benar membuatkan aku terasa seolah mereka menanti ajal menjemput diri. Atau mereka seperti jasad yang tidak bernyawa.

Dan di perjalanan pulang, aku semakin menyedari bahawa perkara yang paling hampir dengan kita adalah mati. Semakin umur kita meningkat, semakin kita menghampiri akhir hidup ini. Entah esok, entah lusa, entah-entah seketika nanti ajal akan menjemput kita. Dosa semalam seolah belum terhapus, hari ini menambah lagi koleksi dosa yang sedia menggunung.

Bersediakah kita jika dijemput 'pulang' pada hari ini?
Bersediakah aku?

No comments:

Mencari hidayah di bumi Barakah Part I

Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain.  Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...