Lama aku berborak dengan seorang kawan pagi tadi. Dan membuat aku terfikir panjang seharian ini. Sejak sekian lama, aku sentiasa merasakan kawan aku terbelenggu oleh 'apa yang orang lain fikir' daripada mendahulukan apa yang diingini dalam hidup.
Adakala aku terdiam memikirkan apa yang diperkatakannya. Cuba untuk menjadi rasional.
Persoalan tentang "Bukankah kebahagiaan itu penting?" cuba aku rungkaikan dari sudut berbeza. Namun, setiap orang punya pandangan berbeza tentang hidup. Tentang kebahagiaan.
Ya, aku mungkin tidak layak memberikan hujah kerana aku tidak berkahwin. Dan pandangan orang bujang seperti aku, tidak lain hanya diiktiraf sebagai melihat kehidupan dari sudut berbeza. Aku sudah muak dengan ayat penyata sebegini:
"Ah, kau lain."
"Kau tak faham. Ini masalah orang dah ada keluarga."
Baiklah jika begitu.
Ada pula yang kata:
"Kau kena faham perasaan dia."
Seringkali begitu lah.
Aku dah merapik. Mungkin terlalu banyak makan kerepek di musim perayaan seperti ini.
Ada wanita mengenepikan perasaan sendiri kerana ingin mengekalkan status 'isteri' dari kaca pandangan masyarakat. Lalu membutakan mata dan hati dengan apa sahaja yang dilakukan oleh si suami. Bahagia itu jauh dari jangkauan. Malah mungkin, tiada dalam kamus hidup.
Ada juga yang membutakan kata hati semata-mata kerana tidak mahu anak membesar tanpa seorang ayah. Dan sekali lagi, apa kata masyarakat. Perceraian paling ditakuti kerana nantinya anak-anak akan membesar dengan penuh tekanan. Takut jadi terrorist?
Entah.
Setiap orang mempunyai prinsip hidup masing-masing. Punya perspektif hidup yang berbeza. Kenapa seseorang itu tidak berkahwin? Ada yang memilih untuk terus kekal hidup sendirian, ada pula kata jodoh belum sampai. Ada pula bertanya : Macam mana kalau jodoh kita dah mati dulu eh? Errr... aku speechless.
Seringkali, tohmahan biasa yang di dengar:
"Kau tu memilih sangat. Mana ada manusia sempurna."
Ya, tiada manusia sempurna. Habis tu, mahu serkap jarang sahaja kah?
Hanya semata-mata memenuhi tuntutan masyarakat untuk mendapatkan status isteri.
Dan mengabaikan tuntutan agama dalam mencari pasangan hidup?
Begitu kah?
Ah, topik berat pula kali ini.
Aku tidak mahu rosak otak memikirkan hal yang tiada kaitan.
Adakala, mengambil pendekatan tidak mahu mengambil peduli itu lebih memberi ketenangan. Sesiapa sahaja berhak menyuarakan pendapat masing-masing.
Samada mahu menerima, terpulang pada diri.
Tepuk dada, tanya pada hati.
Saturday, October 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mencari hidayah di bumi Barakah Part I
Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain. Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...
-
Best ke Vietnam? Apa ada kat sana? Murah ke? As compared Bandung, mana lagi murah? Kau pernah pergi China? murah sangat-sangat kan? Ini anta...
-
Ini merupakan kali keempat aku ke HCMC. Jangan kau tanya kenapa, tapi ini adalah salah satu syurga shopping untukku :) Kali ini aku pergi be...
-
Sejak beberapa tahun ini, seorang sahabat sangatlah beriya untuk mengembara bersamaku. Dan setiap kali dia mendengar aku bercuti ke mana-man...
No comments:
Post a Comment