Monday, December 21, 2009

Bulan kelahiran

21 Disember pada 32 tahun yang lalu. Kalau ikut kalender Hijriah, tarikh itu bersamaan dengan 10 Muharam. Dan kebetulannya pada tahun ini, tarikh itu tidak jauh berbeza. Bulan ini adalah bulan kelahiranku (Masihi & Tahun Hijrah). Menandakan bahawa hidup ini satu putaran, kitaran yang sama. Di sepanjang hidup kita, kebarangkalian untuk kita temui perkara yang sama, melakukan kesilapan yang sama adalah sangat tinggi.

Pagi ini aku mulakan dengan surah Ta Ha. Kehebatan Al-Quran walaupun membacanya pada kadar yang amat sedikit, sangatlah memberi impak yang sangat luar biasa (peringatan untuk diriku agar tidak meninggalkan Al-Quran). Sekalipun adakala merangkak2 aku membacanya kerana surah ini merupakan surah yang teramat jarang ku baca, tapi itu sebenarnya bukan alasan kerana ilmu yang tidak diamalkan, lama kelamaan akan kelam dan lenyap.

Sekadar perkongsian:

Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Ta-Ha : 1-6)


Aku ingin bercerita tentang Ma'al Hijrah.
Tidak. Bukan tentang perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Semua orang telah tahu itu. Tapi aku mahu melihatnya dalam konteks yang lebih luas. Dalam kontek kehidupan kita sehari-hari. Dalam konteks hidupku, yang lebih tepat. Tahun 1430H membuka lembaran baru dalam hidupku. Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya yang membuat aku semakin matang malah semakin yakin untuk menempuhi hidup ini.

Dan untuk tahun 1431H ini, aku ingin membuka lembaran baru. HIJRAH. Mungkin meninggalkan apa yang aku kerjakan pada hari ini kepada sesuatu yang lain. Risiko yang bukan calang-calang? Itu pasti. Itu bukan azam tahun baru. Tapi Iltizam, yang memerlukan komitmen tinggi dari dalam diriku.

Man Jadda Wa Jadda.
Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil.

Segala puji bagiMu Ya Rabbi, kerana aku masih bernafas pada hari ini.
Berilah kepadaku umur yang bermanfaat.

Happy Birthday, Anne!

3 comments:

sakvertor said...

Menurut Tajul Muluk

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Disember
Rajin berusaha,lekas naik marah,keras hati,bila marah berapi-api,anaknya ramai lelaki dan murah rezeki....


kah... kah.... kah... kah..

sakvertor said...

ehh silap la hari RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri.

Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya.

Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik


haaa baru nampak logik skit... kah..kah..kah..kah

Aida said...

uiiikk cemana ko boleh jupe blog aku?? hahahahahaahha

tak betul langsung tajul muluk ko :P

Mencari hidayah di bumi Barakah Part I

Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain.  Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...