Wednesday, December 9, 2009

Ho Chi Minh City - Day I

Kali pertama membayangkannya sudah tentu lah negara yang mundur. Negara yang baru bangkit dari kancah peperangan. Aku rasa semua orang masih lagi teringat kisah Perang Vietnam (paling tidak menonton filem-filem dari Amerika berkaitan peperangan di Vietnam ini), dan ada sesetengah kita membesar dengan tagline "Good Morning Vietnam".



Sedikit latar belakang sejarah lah kan... Ho Chi Minh City (HCMC)ini sebenarnya lebih dikenali sebagai Saigon oleh penduduk tempatan (atau mungkin suku penduduk dunia?). Selepas komunis mengambil alih Selatan Vietnam, nama Saigon ditukar kepada Ho Chi Minh bersempena kepada nama ketua komunis ketika itu. HCMC merupakan bandar terbesar di Vietnam dengan populasi penduduk sekitar 9 juta orang. Dan menurut Pak Yaya (our tourist guide), penduduk Islam di sini sekitar 3 ribu orang sahaja.

Ok, ini bukan blog sejarah. Untuk lebih lanjut, silalah google sendiri ya.

Bersambung kepada cerita percutian kali ini. Percutian yang sebenarnya tidak dirancang (pernah ke aku merancang betul-betul mana-mana trip?) huhuhuhu... Seawal pagi sudah ada drama kat LCCT (again, who is the Drama Queen? hiks)..Tapi bukan aku lah yang DQ nya, 2 orang rakan kami termissed flight walaupun mereka berdua sampai lebih awal dari kami. Tidak dinafikan juga ketidakcekapan para pekerja AirAsia pun sangat lah ketara. Kami sahaja mengambil masa hampir sejam untuk check-in luggage (itu pun dah web check-in dah tu). Sistem yang sangat tidak teratur dan ayat mudahnya adalah : LEMBAP. Perlukah untuk aku menulis surat luahan hati kepada Tony Fernandez? Nanti lah aku fikirkan. (Dah nak sangat low fare kan, jangan banyak bunyi). Tapi kan tapi...kami inilah antara pelanggan yang telah menyumbang kepada kejayaan mereka, kan?

Tinggalkan lah isu itu.

Kami mendarat di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 10:00 pagi waktu tempatan. Seperti yang telah dipesan berulang kali, selepas pemeriksaan Kastam & Imigresen, silalah berjalan menuju ke tingkat atas belah kanan untuk mendapatkan teksi. Dan perlu juga diingat, teksi Vinasun sahaja atau kebarangkalian ditipu oleh pemandu teksi di sini. Paling mudah, jalan lah ke hujung kanan anda hingga bertemu dengan lelaki memakai baju warna hijau bertali leher maroon. Ya, dialah yang menahan teksi kami. Pun begitu, hairan juga aku kerana ramai betul Vietnamese yang ada kat luar Airport secara berjemaah seolah-olah pesta (terus aku feeling macam artis yang disambut oleh ribuan peminat). heheheehe

Kami berlima menaiki Vinasun Taxi meredah sinar pagi Ho Chi Minh City ke hotel kami di tengah bandar. Perjalanan kira-kira 40 minit sebab kesesakan lalulintas yang sebenarnya dipenuhi oleh ribuan motosikal. Hotel kami sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Bien Tanh. Kami menginap di Saigon Pink 2 Hotel dan sangat-sangat berpuas hati pada harga USD100 untuk 3 malam, dibahagi 3 orang pula. Murah, kan?

Kami meluruskan badan seketika sebelum memulakan langkah eksplorasi bandar Saigon. Makanan halal? Tiada masalah. Lintas jalan sahaja dari hotel kami untuk ke V.N Halal Restaurant. Dari situ kami bergerak untuk berjumpa Tailor bernama Tony (aku akui dia handsome, tak caya tanya the whole gang) yang memiliki butik V Anh. Harga? Murah sangat-sangat! Dari V-Anh kami bergerak pula ke Mai Boutique dan terus jadi sewel (pandang kanan, kiri, kanan lagi dan lagi semua mata berkenan!) Dari Mai Boutique terus bergerak pula ke Hong Anh. Akhirnya, aku berjumpa syurga dunia! (Bayangkanlah sendiri apa yang terjadi di butik itu).

Satu perkara yang pasti, motorsikal tersangatlah banyak di bandar ini. Dan sistem lalulintas di sini juga sangat kelam kabut. Barangkali, aku boleh dapat high blood pressure kalau lama-lama di sini. Tetapi, itu bisikan hati pada hari pertama sahaja lah. Kalau di tanya kembali pada hari ini, heh... sudah tentu mahu lagi dan lagi pergi ke sana.

Itu cerita hari pertama kami di sini.

2 comments:

MS said...

walla kakak keja merantau je ko

syioknya

awat zaman kita muda dulu2 takde sessi camni

Aida said...

AA dok popular lagi masa tu, tapi aku rs yg penting pitih kak, pitih! huhuhu

nanti aku tgk bila bole g ganu?kita g pulau ek?

Mencari hidayah di bumi Barakah Part I

Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain.  Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...