Thursday, December 3, 2009

Juju Kiki Bibi Babat?

Seharian ini aku dibelenggu oleh bebanan kerja yang sangat luar biasa banyaknya. Bukan banyak, tapi ini semua gara-gara aku ingin bercuti 2 hari bermula esok. Teruja bercuti? Errr asakan tugas yang melambak sahaja yang memenuhi setiap ruang otak. Nak bercuti tapi dalam kepala ada segala kerja yang tertunggak, bagaimanakah itu? (walaupun aku tahu the moment I'm on board, segala benda itu akan terbang membelah awan juga) hehehe

Itu bukan pokok persoalan utama yang aku ingin catatkan di sini. Dalam keghairahan aku menyiapkan tugas (read : sekarang ini jam tiga-tiga-puloh-satu-pagi) sempat aku bergelak guling-guling bersama kawan. Indahnya hidup ini apabila diasak dengan pelbagai tuntutan hidup, ada teman yang masih mampu membuat diri tertawa riang. Walau mungkin juga si suami boleh terjaga, atau mungkin terjaga dan menyebok? barangkali hehehehe atau mungkin perut semakin memboncit gara-gara menahan gelak dari terlontar keluar? Barangkali juga :)

too much to think about..trying to rethink what is important in my life...am i happy with my life? or am i pretending to be happy just for the sake of trying to make other people happy. or am i just a good son who keeps saying yes without ever thinking the outcome...

Ini adalah sebahagian dari cebisan hidup sahabat yang tercari-cari arah. Aku juga begitu. Orang-orang di sekeliling aku juga begitu. Malah barangkali, hampir kesemua kita bertanya pada diri persoalan yang sama.

"Adakah aku gembira dengan hidupku?"
"Bahagiakah aku?"

Oh ini soalan mudah yang memerlukan jawapan yang sangat panjang. Mungkin, di sepanjang perjalanan hidup ini masih belum mampu merungkai soalan ringkas begitu.

Adakala aku melihat sahabat yang terserlah kegembiraannya. Tapi semakin mendekatinya, aku cuma melihat hamparan kesengsaraan di seluruh hidupnya. Berpura-purakah dia? Atau mungkin dia menerima takdirnya dengan redha?

Entah. Aku sendiri adakala kusut memikirkan apakah yang paling utama dalam hidupku ini. Semua perkara penting. Semua perkara mahu di buat. Mahu dicuba. Mahu di rasa.

Yang aku tahu, aku ingin memulakan sesuatu. Apa dan bagaimana, aku sendiri pun tidak tahu.

Ia bukan tentang bagaimana ianya bermula, tapi bagaimana ianya berakhir, bukan?

Heh, aku cuma ada 3jam sahaja untuk bersiap sedia...Mengembara boleh mententeramkan jiwa dan membuka minda. Berkelana melihat alam, merencana masa hadapan agar tidak kelam. Sedikit sebanyak, membuat aku bersyukur pada segala kurniaanNya, pada apa yg diberi olehNya.

No comments:

Mencari hidayah di bumi Barakah Part I

Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain.  Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...