Masa berlalu begitu pantas. Hari ini dah masuk hari ke-17 atau lebih tepat dipanggil hari Nuzul Al-Quran. Selangor cuti umum pada hari ini. Tapi sejak semalam, aku berada di office. Ya, aku bekerja pada hujung minggu membawa kepada cuti umum. Lebih tepat lagi, jam di laptop aku menunjukkan angka 05:10 a.m. dan aku sedang mendengar lagu dari band Kuburan yang di pasang dengan kuat oleh rakan sekerja yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Boss' (anak kawan aku yang panggil begitu), sambil jejari yang tembun ini tangkas mematuk keyboard, mengarang ayat demi ayat untuk tender submission pada 12:00 tengahari ini. Sahur? sekadar air kosong yang diteguk berulang kali. Jiran sebelah minum air milo.
Bercerita pasal Ramadhan, aku terasa ini antara Ramadhan terindah dalam hidupku. Kebanyakan masa Iftar 2009 aku memang di rumah berbanding menjelajah hotel-hotel terkemuka di kota besar ini sejak beberapa tahun yang lalu (memenuhi undangan). Apa yang aku lihat hanyalah pembaziran semata-mata.
Dan tahun ini merupakan percubaan aku menajamkan kemahiran memasak yang tidak seberapa itu heheh
Seronok juga melihat rakan yang seolah tidak pernah kulihat sujud di atas sejadah, melengkapkan ibadah puasa dengan solat yang konsisten. Alhamdulillah, aku berharap dan berdoa semoga ibadah itu berkekalan. Mungkin mata kasar aku sahaja yang tidak penah melihatnya sebelum ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Hening subuh alam.
Dingin pagi yang sejuk membeku di luar sana.
Tapi aku di sini ditemani dingin aircond yang mungkin mengeluh kerana terpaksa bekerja keras sejak semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mencari hidayah di bumi Barakah Part I
Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain. Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...
-
Best ke Vietnam? Apa ada kat sana? Murah ke? As compared Bandung, mana lagi murah? Kau pernah pergi China? murah sangat-sangat kan? Ini anta...
-
Ini merupakan kali keempat aku ke HCMC. Jangan kau tanya kenapa, tapi ini adalah salah satu syurga shopping untukku :) Kali ini aku pergi be...
-
Sejak beberapa tahun ini, seorang sahabat sangatlah beriya untuk mengembara bersamaku. Dan setiap kali dia mendengar aku bercuti ke mana-man...
No comments:
Post a Comment