Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan : Hari ke-18

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (Al-Waqi'ah : 8 - 15)

Ini adalah surah yang Imam perdengarkan ketika 4 rakaat terakhir Tarawikh pada malam ini. Sungguh, aku sangat terkesan dengan ayat ke-15. Adakah aku akan tergolong di dalam golongan sebilangan kecil dari orang2 yang datang kemudian? Layakkah aku? Mampukah aku menyelitkan diri, menempah tiket untuk menjadi sebahagian dari golongan kecil itu? *praying harder*

Aku ingin berkongsi cerita pengalaman aku seketika tadi. Ketika sedang solat rakaat ke-5 solat Tarawikh, seorang kanak-kanak berhenti di hadapanku. Menyelak sejadah kecilku dan mengambil kunci keretaku! Aku terkedu. Sempat juga berkira-kira mahu keluar saf atau tawakkal sahaja. Alhamdulillah, aku berjaya menahan nafsuku, dan meneruskan solat hingga salam. Usai sahaja, aku terus mencari budak kecil berbaju hijau. Beberapa jemaah memandang (dan tertanya-tanya mungkin, tapi tidak terkeluar. Tersurat soalan itu di wajah mereka). Aku menjengah keluar masjid. Budak kecil itu seperti kilat - berdesup desap hilang sekelip mata.

Aku di sapa oleh seorang jemaah.

"Cari siapa?"
"Nampak tak budak berbaju hijau? Dia ambil kunci kereta saya"
"Itu kunci kereta awak." Kakak itu menunjuk ke lantai.

Aku toleh ke kiri. Memang benar itu kunciku. Aku memanjat kesyukuran.

Ada beberapa pengajaran yang aku ingin ambil iktibar, untuk aku jadikan peringatan kepada diri sendiri.

1. Tawakkal. Aku rasa itu senjatanya. Aku akui, ketika budak itu berdiri di hadapanku dan memijak2 (sebab aku rasa dia boleh rasakan dia seperti memijak sesuatu), aku sempat berharap dia tidak mengambilnya (ya, khusyuk ku hilang terbang serta-merta). Kemudian dia mengambil kunci dan terus lari. Sedangkan aku sepatutnya tawakkal sahaja dan berserah sepenuhnya kepada Allah ketika itu (sepertimana aku bertawakkal ketika air mengalir ke arahku ketika aku sedang solat suatu ketika dulu. Subhanallah! Allah benar-benar menjagaku). Mujur, aku tak lari mengejar budak itu di ketika itu juga. Haru jugalah ada sesi kejar-mengejar meredah saf mengejar kunci kereta, kan?

2. Kunci kereta letak lah dalam poket, atau letak di tempat yang tidak boleh dicapai oleh orang lain. *rotan diri sendiri*

3. Ibu bapa perlu prihatin. Membawa anak kecil dan membiarkan berkeliaran melintasi setiap saf, bukankah elok solat sahaja di rumah? Juga, aku rasa wajar untuk mengajar anak dari kecil adab berpakaian. Kalau pun mahu berbaju tidur, pakaian biarlah sempurna. Berbaju t-shirt labuh paras lutut tanpa seluar panjang, aku kira bukanlah pakaian yang sesuai di dalam masjid. Mengimarahkan masjid itu sangat dituntut, tetapi adab2 juga perlu diambil kira sekalipun anak itu belum baligh. Bukankah melentur buluh biar dari rebung?

4. Merapatkan saf. Itu masalah dulu, kini, selamanya. Di mana-mana pun sama sahaja. Ada jemaah tidak mahu berganjak merapatkan saf hanya kerana duduk di bawah kipas. Atau di sebelah kipas. Atau di sebelah pintu. Mendapatkan angin lebih penting dari merapatkan saf? Bisikan syaitan tiada kerana telah dibelenggu, bisikan nafsu pula bagaimana? Agaknya kalau angin yang dipanggil kentut, berganjak tak?
Eh, ada kaitan tak dengan kisah hilang kunci? *rotan lagi*

Ustaz jemputan bagi sesi tazkirah malam ini juga mengingatkan tentang perlunya mencari malam Lailatul Qadr. Dan diam tak diam, kita telahpun hampir meninggalkan Ramadhan tahun ini. Kita telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan bermula esok.

Apakah & bagaimanakah kualiti Ramadhan kita pada kali ini?
Semoga ini Ramadhan terbaik untuk kita semua.
Ameen.

2 comments:

Nana said...

huh ?

aku jua baru semalam baca surah Al-Waqiah.

sukaaa la tinggal kunci rata2.. perlu aku tolong rotan kah?

Aida said...

aku dah pakai baju yg ada poket :P

Mencari hidayah di bumi Barakah Part I

Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain.  Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...