Thursday, September 10, 2009

Jalan Pintas ke Syurga

Setiap manusia pasti mahukan cara yang mudah. Kalau boleh semua benda pun mahu ada jalan pintas. Perhatikan sahaja ketika kesesakan jalan raya, berapa ramai yang memotong di kiri jalan sebagai jalan pintas? (itu termasuk juga diriku sendiri. Aku mengaku, aku juga punya sifat 'selfish' begitu). Ada setengah orang memilih jalan pintas untuk berjaya dengan menindas orang lain.

Ada kala aku terfikir, betapa dangkalnya pemikiran seseorang yang sering mencari kesilapan orang lain, tanpa mahu menelek (ada ke eh perkataan ni?) diri sendiri. Atau mungkin dah telek diri, tapi tidak mahu mengaku kesilapan.

"Kalau saya salah, saya minta maaf. Kalau awak yang salah, kena bertaubat kepada Tuhan."

Errkk...apakah?

Kadangkala ada orang ingin mempertahankan diri lalu mengambil jalan pintas menyalahkan orang lain.

Takutkah untuk berdoa seperti ini?
"Ya Allah.. tunjukkan kebenaran kepadaku. Sekiranya aku benar, tunjukkan. Sekiranya dia yang benar, kau tunjukkanlah kepadaku."

Jika ikhlas mencari kebenaran kenapa pula berdoa yang bukan-bukan sehingga mendoakan seseorang itu ditimpa musibah?

Teruslah aku teringat ayat Hang Tuah:
"Akukah yang benar atau Jebatkah yang benar?"

Motif? Heh, aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba lain yang aku nak tulis, lain pula yang aku taip! *Pengsan*

Berbalik kepada topik Ramadhan kita pada kali ini (ececeh...macam aku pulak yang jadik penceramah bebas. Tak bertauliah). *Pengsan lagi*

Menurut penceramah jemputan Masjid Putra Perdana pada malam ini i.e. Ustaz Riduan, bulan Ramadhan antara bulan yang apabila beramal di dalamnya, Allah akan gandakan pahala. Contohnya mendengar tazkirah di masjid. 70 kali ganda lebih banyak dari bulan yang lain. Makanya, kalau bulan lain, kena dengar 70x tazkirah barulah sama dengan 1 tazkirah di bulan Ramadhan. Indah bukan? Mungkin kita semua juga pernah dengar pahala solat berjemaah di Masjidil Haram = 100,000 ganda, di Masjid Nabawi bersamaan 10,000 ganda manakala di Masjid Al-Aqsa di BaitulMuqadis sama dengan 5,000 kali ganda (tolong perbetulkan jika tersilap). Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kenapa kita tidak rebut peluang di hadapan mata?

Ustaz juga memberitahu betapa pentingnya sifat REDHA dalam diri. Kisah seorang makcik yang dijanjikan syurga hanya kerana sifat Redha yang ada pada dirinya. Alangkah indahnya Islam ini. Anda buat, anda dapat (bak kata Ustazah Siti Bahiyah itu)...tee hee hee

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(Al-Qadr : 1-5)

Jom kita manfaatkan 10 Ramadhan terakhir ini kekawan!

No comments:

Mencari hidayah di bumi Barakah Part I

Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain.  Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...