Aku memulakan perjalanan untuk kali pertama seorang diri pada hari ini. Seawal jam 12 tengahari aku dah melangkah keluar. Itupun sebab mahu membeli 2 peket Maggi untuk sahabat tersayang, dan mencari kuah kacang instant. Gagal. Sudah kehabisan stok.
Melangkah masuk ke KLIA, kali kedua untuk tahun 2010 ini. Tiada perubahan apa pun. Urusan check-in bagasi lancar. Beg seberat 22.8 kg! Heh, ini mesti disebabkan 4 peket maggi, 20 bungkus secara keseluruhannya!
Penerbangan aku KUL-LAX pada jam 15:15. Ada 2 jam lagi untuk aku membuang masa. Masuk kedai Coach, untuk belek-belek harga. Sungguh diskriminasi, tiada seorang pekerja pun yang datang bertanya. Fine, aku beli nanti kat US jek. *kekwat* Pun begitu, aku lemparkan senyuman kepada pekerja kedai. Nasib baik di balas dengan ikhlas.
Berjalan tanpa arah tuju, aku terpandang dua gadis remaja Muslim sedang menikmati minuman di sebuah cafe di KLIA ni. Gigih aku berpatah balik dan memberikan renungan tajam. Itu sajalah yang aku mampu selain mengeluh dan menggelengkan kepala. Masalahnya, seorang ini bertudung. Malu aku dibuatnya!
Bersangka baik, mungkin dua wanita itu dalam keuzuran syar'ie.
Bersangka baik juga, mungkin dia memegang konsep musafir. Diharuskan untuk tidak berpuasa.
Tapi, Islam dan budaya Melayu mengajar kita untuk menghormati orang lain. Menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.
Aku geleng kepala lagi.
Penyudahnya aku melangut di ruangan menunggu. Boarding time adalah 14:45.
Perjalanan selama 18:30. Kemudian bersambung pula menunggu bulan jatuh ke riba selama 5 jam sebelum pesawat berikutnya ke Chicago.
Bermusafir melihat dunia, aku harap akan menambahkan kecintaanku kepadaNya.
Monday, August 16, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Life is but a dream?
Lagu ini berkumandang di dalam gegendang telinga, humming dalam hati, tertera lirik di hadapan mata sejak dua tiga menjak ini. Terasa lama tangan ini tidak menulis sesuatu. Yang pasti aku sangat kepenatan.
Aku tidak mahu bercerita perihal kerja. Tiada kesudahan.
"Kerja itu satu ibadah," kata seorang sahabat.
Seboleh mungkin aku cuba untuk tidak merungut. Seboleh mungkin aku tidak mahu mengeluh. Seboleh mungkin.
Stop.
Apa yang ada di minda ketika ini ialah RUMAH.
Walau sesibuk mana sekalipun, aku akan singgah di rumah yang masih dalam keadaan huru-hara itu. Muka aku pasti berseri-seri apabila bercerita perihal rumah.
Pegang dinding yang baru di cat, aku tersenyum.
Duduk di tangga perhatikan siling, senyum aku melebar.
Tekan-tekan lampu pun aku sengih sesorang.
Keluarkan handphone, ambil gambar dan hantar MMS.
BBM kepada mummy dear saban waktu. Hiks
Dial number, call kekawan rapat.
"Aku rasa rumah aku lawa."
"Lawanyaaaaaaa rumah I, kan?"
"Owh, shantekkk rumahku!"
Ya aku tau... aku tau..
Sewel.
Adakah orang lain pun berperasaan seperti aku bila mengubahsuai rumah ek?

Thursday, May 13, 2010
Love is in the air
Tajuk macam terlampau tetapi, memang benar, aku sudah jatuh cinta. Ada apa dengan cinta?
1. Sukan Badminton..ecehhh
2. Home sweet home..dup dap!
3. Cinta dalam hati. owhh
Saja nak bagi gimik.
Perlawanan semalam ketika pasukan Malaysia menentang Denmark, sangatlah memberi keterujaan kepadaku. Walaupun tidak menyaksikan dua perlawanan awal (beregu pertama pun sempat tengok masa perlawanan kedua sahaja), tetapi semangat kepahlawanan yang ditunjukkan oleh pasangan Hoon & Zakry menyemarakkan kembali rasa cintaku pada sukan badminton! Menang bergaya Hafiz Hashim tetapi kekalahan Hoon & Zakry bagiku sungguh bergaya! Semangat sepasukan, kesukanan terpancar ketika digandingkan untuk pertama kali di kejohanan ini. Ini barulah semangat yang kita mahu lihat di kalangan pemain-pemain Malaysia. Thumbs up kepada jurulatih, percaturan yang baik oleh Rexy Mainaky.
Tetapi, apa masalah dengan pengulas sukan kita?
On the other note, teratak kecilku ini sedang dalam pengubahsuaian. Bersyukur pada apa kurniaan Ilahi kerana kini dalam proses akhir untuk aku berhijrah. Aku harap dapat berpindah dengan kadar segera. Perancangan telah disusun dengan teliti walaupun terdapat krisis dalaman yang aku harap tidak menjejaskan proses keseluruhan penambahbaikan. Heh, love-hate relationship?
Cinta dalam hati?
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Wednesday, April 14, 2010
Pergi Yang Tidak Kembali
Pagi semalam kira-kira pukul 8:00 pagi, telefon bimbitku berdering. Sekilas kulihat nama yang terpapar.
Panggilan daripada Kak Ima.
"Ya, Kak Ima?" Aku terus bersuara.
Tiada hello.
Tiada salam.
Jauh sekali ucapan selamat pagi.
Bukan hello juga di hujung suara. Yang kudengar hanya tangisan anak saudaraku Latifi. Jantungku berdegup kencang.
Abang Long.
Hanya itu yang terlintas di otakku.
Tangisan itu terus berpanjangan. Dalam sedu sedan, anak saudaraku bersuara,
"Ucu, ayah dah tak bernafas Ucu...ayah dah tak bernafas."
Tangisan bersambung.
Luluh hati kecilku. Bukan pada pemergian yang telah lama kujangka dalam redhaku. Tapi pada tangisan anak remaja itu yang kini sah bergelar anak yatim.
"OK." Itu sahaja jawapan pendek yang aku beri.
Terus jemariku menelefon abangku seorang lagi. Dan seorang lagi.
Tidak berjawab. Aku menelefon ke kakak iparku pula. Juga tiada jawapan. Jariku pantas mendail nombor Ain, sepupuku. Juga tiada jawapan.
Ada gangguan talian kah semalam?
Tetapi kemudian kukhabarkan berita sedih itu kepada seluruh ahli keluarga dan mereka yang hampir denganku.
"Hello. Abang Long dah takde."
"Hello, along aku dah takde."
"Ain, Abang Long..." suara aku terhenti. Tidak mampu meneruskan kata-kata.
Sungguh, aku tidak mampu untuk melahirkan rasa kehilangan. Mungkin pada mereka yang bersama denganku ketika itu melihat aku kelihatan tenang, atau mungkin seolah tidak berperasaan. Tuhan telah anugerahkan diriku rasa redha yang sungguh luar biasa. Serta aturanNya seminggu dua ini yang membuat aku rasa kerdil atas kebesaran dan kekuasaanNya.
Pemergian abang sulungku itu adalah antara hakikat kehidupan di alam yang fana ini. Rasa kehilangan di hatiku seolah luntur sekelip mata apabila aku melihat isteri dan anak-anak kecil yang ditinggalkan. Anak kecil yang tidak mengerti hakikat kematian. Tentang erti kehilangan. Tidak mengerti akan ranjau yang ada di hadapan. Corak masa depan yang penuh warna warni ini dan penuh ketidaktentuan. Ah, apalah anak sekecil 6 tahun itu mengerti?
Aku pandu selaju mungkin untuk sampai ke rumah abangku ini. Aku tidak mahu ketinggalan menunaikan fardu kifayah untuknya. Mengajak anak-anak untuk solat jenazah bersama-sama.
Perlahan aku melangkah masuk dan disambut oleh ahli keluarga yang turut berduka. Kubuka kain batik yang menutupi sekujur tubuh yang terbaring kaku di ruang tamu. Lama kurenung wajah yang kelihatan damai, seolah pertarungan hampir setahun itu tidak terkesan langsung pada seraut wajah yang terpejam lena di perbaringan. Kukucup dahi itu, ku belai lembut tangannya yang kaku.
Perlahan kubisikkan kepadanya;
"Long, berehatlah. Jangan khuatir tentang anak-anak. Allah akan pelihara mereka. InsyaAllah, anne akan pelihara mereka. Tenanglah di alam sana."
Dan kucupan terakhir kali dariku.
Innalillahi wa'inna ilaihiraaji'un.
Alongku telah kembali kepada PenciptaNya.

Sunday, March 21, 2010
Heartbroken
Aku tahu hari yang ditunggu-tunggu itu akan datang jua.
Pada hari ini.
Detik ini.
Amanah itu telah kutunaikan.
Persetujuan akhirnya terpatri di antara kami berempat.
(I was not really agreed though...but...better now than never)
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Yang tinggal hanyalah kenangan.
Segalanya akan ternokhtah.
Di sini.
p/s: aku pinjam copyright ko ye darlss!

Thursday, March 18, 2010
v.a.c.a.t.i.o.n
owh i really need one.
i really am.
but...will my leave going to be approved?
or... dah approved, tapi nanti kena cancel?
*heartbroken*
hikhik

Saturday, March 13, 2010
Ho Chi Minh Part II
Tepu otak aku memikir haruskah aku letak Day 1, Day 2 atau menggunakan lokasi sebagai jalan cerita. Aku rasa teknik penceritaan berdasarkan lokasi lebih sesuai dengan imej aku…hehe apakah perkaitan?
Hotel
Walau ke mana pun destinasi yang kita pergi, penginapan adalah perkara yang paling penting. Lokasinya, harganya, dan tahap kebersihannya. Ada juga di antara kita mementingkan keselesaan. Pada aku, selesa tu subjektif kerana selain lokasi dan harga, kebersihan sangat penting dalam definisi aku membuat pemilihan hotel. Bintang? Itu tidak penting. Agenda utama adalah shopping spree, penting ke nak hotel bertaraf 5 bintang yang hanya digunapakai untuk tidur dan mandi? Hehehe Ini bukan honeymoon trip, mind you :P
Di HCMC, tentulah banyak hotel berserakan. Boleh google dan surfing kalau mahu. Tapi aku memilih untuk menginap di Saigon Pink 2 Hotel, yang terletak tidak jauh dari Ben Thanh Market. Bintang? (kenapa lah korang suka tanya bintang?)…2 bintang sahaja. No breakfast provided. Kalau ada breakfast pun, berani ke nak makan? Huhu Hotel ni memang tersangatlah strategik. Walking distance to almost shopping’s attraction area di HCMC ni. Juga sangat berhampiran dengan Restoren Halal. Tak sampai 5 minit perjalanan dah boleh makan…tapi bergantung samada kau berjalan lenggang mak minah atau itik pulang petang lah Hihihihi Harga untuk 1 malam berbeza-beza. Aku memilih bilik berharga USD20. Bilik tanpa tingkap. Kalau nak ada tingkap, USD30. Kelemahan tiada tingkap ni satu jek lah, kot subuh tu kalau tak set alarm, memang lah tak tahu dah syuruk ke tidak. Jadi, pastikan rakan sebilik anda bukan yang jenis tidur mati. Yang jenis kalau buat latihan fire drill, memang selalu dikategorikan rentung. Tak gitu cik Mon? muahahaahahha Makanya, USD20 untuk 3 hari hanya USD60. Kalau berkongsi 2 orang, atau 3 orang, tidak kah harga itu sudah sangat murah?
Saigon Pink 2 ini juga berdekatan dengan Tailor kami. Sebelah hotel sahaja lah kiranya. Oh, aku ada bagitahu kan aku punya tailor ada di HCMC *kekwat kembali*. Dan percaya atau tidak, aku pernah menempah 9 helai blouse dan siap kesemuanya pada keesokan hari. Hebat kan? Dan tailor aku ini bukan sahaja menjahit baju aku, tapi 2-3 orang rakan kami. Bermakna, hampir 30 helai dalam masa 24 jam!!! Nanti aku akan elaborate more in detail tentang itu. Eceh!
Kalau anda jenis yang rugged (aku dan kawan aku telah dilabel sebagai tidak rugged), maka anda boleh pergi ke seluruh lokasi dengan hanya berjalan kaki. Sebagai rekod, mummy (mak Izzah) berusia 60 tahun, dan mampu berjalan ke butik Hong Anh, Mai Boutique dengan berjalan kaki dari hotel kami! Aku? Pernah jugak lah tahan teksi nak pergi ke Hong Anh, taxi driver pun tergelak.
“Yeah I know Hong Anh very near, but we don’t want to walk. Very hot.” Bersungguh Izzah memberikan penjelasan.
Bukan hot sebenarnya, tapi tak rugged! Hahaahahahaha Tapi, cuba anda buat kira-kira…anda hanya perlu membayar VD10,000 (bersamaan RM2) tanpa perlu mengeluarkan peluh. Kalau berjalan menghirup udara tercemar, lebih kurang 10 minit (sekali lagi ditegaskan, bergantung kepada teknik berjalan lah. Kalau lenggang mak minah mungkin 20minit, Kalau itik pulang petang? Heh, mungkin 30 minit). Itu tidak termasuk singgah kedai itu kedai ini sebab jenis rambang mata.
Kelebihan lain, hotel ini terletak betul-betul di hadapan pasar malam. Pasar malam pada tiap-tiap malam. Kiranya kalau anda beli baju, balik bilik test tak muat (read : sendat), anda boleh terus turun dan tukar tanpa perlu merungut. Tapi perlu juga diingat kebarangkalian Impulse Buying adalah sangat tinggi kerana pasar malam depan mata, tiap-tiap malam pula tu. Bagi yang gemar memberi buah tangan kepada seluruh clan, boleh beli di pasar malam ini. Harga memang murah. Jangan lupa gunakan bargaining skill anda. Dan jangan heartbroken kalau dah beli kat kedai A, jalan ke kedai B harga tersebut separuh dari harga yang anda beli. Itu biasa terjadi kan?
Owh, cerita pasal hotel je dah berjela-jela.
Tidak, aku tak dapat special price mempromosikan hotel ini.
Makanan Halal
Aku memang seorang yang sangat cerewet tentang bab makan. Selain kebersihan, sudah tentu tentang halal dan haramnya. Kalau anda jenis yang sempoi, tiada perbalahan di situ. Boleh mencuba ice cream or cereal perhaps? Ada kawan aku yang memakan fries di Mc Donald di China sebab bagi dia “it’s only Fries”. Up to you lah ya. Tapi seingat aku, tak kelihatan pun Mc Donald di HCMC ni. Tapi kelibat KFC memang ada a few di bandar ini. Untuk pengetahuan, populasi penduduk HCMC yang merupakan bandar terbesar di Vietnam adalah 7 juta penduduk dan hanya 2% sahaja warganya beragama Islam (sumber : Wikipedia). Dengan peratusan ini, sudah tentulah makanan halal sangat sukar kan? Tapi, tidak lah bermakna tiada langsung makanan halal.
“Mahal tak makanan halal?” tanya seorang rakan.
“Kalau kau mampu nak membeli baju atau apa sahaja pada harga ratus ringgit, takkan lah makanan berharga belas ringgit kau label sebagai mahal?” jawab seorang rakan yang lain.
Tapi, tidak lah semahal itu sebenarnya. Bergantung menu lah. Kalau di V.N Halal Restaurant, nasi goreng kampung berharga VD60,000 (RM12). Ya, memang lah mahal kalau dibandingkan harga kat kedai mamak di Malaysia, tapi kita bercerita tentang Vietnam kan? Hiks
Kalau anda rasa membazir, anda boleh bawa stok makanan sendiri. Mee segera, roti dan tuna atau kaya. 3 in 1 nestum, milo dan segala lah. Ada kawan kami bawa rendang segera, sambal ikan bilis sebagai bekalan. Terpulang. Tapi tolonglah jangan bawa rice cooker. Kalau rasa nak main masak-masak di negara orang, beli sahaja periuk nasi di sini. Huhuhu
Baiklah kembali kepada topik Restoren Halal. Tidak jauh dari hotel kami ada VN. Halal Restaurant. Anda tidak perlu risau jika anda adalah homesick, sebab rata-rata restoren halal di HCMC menyediakan Masakan Melayu/Malaysia. Ini sebagai isyarat bahawa ramai rakyat Malaysia berulang-alik ke HCMC. Ya, anda jangan terkejut jika bersapaan dengan orang Melayu kita di sini. Memang bersepah-sepah. Kekadang aku rasa macam aku berada di Jalan TAR di Kuala Lumpur. Malah kalau berjalan di Ben Thanh Market, ramai pekerja di sana berteriak:
“Mari-mari kakak. Murah-murah. Mari beli.”
Jangan sesekali kutuk mereka dalam Bahasa Melayu. Ada sesetengah mereka faham bahasa kita. Mungkin anda boleh guna dialek negeri masing-masing jika mahu berbincang.
Kalau anda rasa nak makan lebih sedap (but a bit pricey), jangan lupa pergi ke Restoren Halal @ Saigon. Restoran ini dimiliki oleh warga Malaysia. Boleh minta sambal belacan kalau mahu. Siakap 3 Rasa. Cendol pun boleh. Restoren ini terletak di hadapan Sheraton Hotel dan terdapat sebuah masjid bertentangan dengan restoren ini . Seingat aku, the only masjid yang ada di HCMC. Kalau nak senang, bagitahu sahaja kepada driver taxi mahu ke Sheraton Hotel. Mudah bukan?
Sekiranya anda menkategorikan diri sendiri shopaholic dan kaki makan, boleh meneruskan penjelajahan dengan pergi ke Kedai Shamsudin. Mereka boleh berbahasa Melayu, dipercayai mereka ini berasal dari Kemboja. Mungkin pemiliknya adalah Melayu Kemboja. Masakan Melayu, India, Cina, Barat dan Vietnamese food ada dalam menu mereka. Aku pernah makan Nasi Ayam di situ. Agak berbeza rasanya dengan nasi ayam yang biasa kita makan.
Ini info terbaru yang aku dengar. Restoren Four Season. Mungkin next trip aku akan cuba makan di sini.

Friday, March 12, 2010
Ada Apa dengan ... Part I
Best ke Vietnam?
Apa ada kat sana?
Murah ke?
As compared Bandung, mana lagi murah?
Kau pernah pergi China? murah sangat-sangat kan?
Ini antara soalan yang biasa diajukan oleh rakan taulan, malah sanak saudara. Sukar untuk memberikan jawapan hakiki kerana ia sangat subjektif, bergantung kepada apa yang ingin dicari dan dibeli. Tapi soalan yang akhir tu tiada jawapan. Tunggulah apabila aku dah pergi ke China pula. Jawapan mudah kepada semua soalan di atas - mahu melancong atau melencong sepertiku? Huhu
Kalau mahu sightseeing, sudah tentu Vietnam bukan lokasi yg tepat walaupun aku akui ada beberapa tempat yang WAJIB dilawati jika pergi ke Ho Chi Minh City (HCMC). To name few – jangan lupa pergi ke Chu Chi Tunnel, Muzium atau menikmati pemandangan di sepanjang Sungai Mekong dengan menaiki boat. Jangan memandai nak berenang pula. Tetapi dalam kamus melancong aku hanya ada Shopping Trip... err juga bergantung dengan siapa aku pergi lah…hikhik :)
Kalau aku membuat analisis mantik (again, this is my personal point of view, lain org lain citarasanya) secara berbanding Indonesia dan Vietnam apa yang aku boleh kata ialah beza memang berbeza...kalau dulu 3 tahun berturut-turut aku pegi ke Jakarta-Bandung kerana aku tahu barang-barang di sana secara relatifnya adalah murah. Dari kain chiffon ke kebaya sulam ke office wear, memanglah Bandung dan Jakarta jawapannya. Aku terpaksa mengaku setulus hati bahawa disebabkan gila shopping, maka dari hari pertama hingga kelima pun shopping yang tiada nokhtah henti >:) hikhiik Tangkuban Perahu di Bandung belum sekalipun aku meninggalkan jejak bertapak. Sungguh shopaholic kan? TETAPI, sekarang ni kiranya HCMC menyelesaikan segala permasalahan baju raya dan baju kerja. Juga menyelesaikan masalah upah tailor yang mahal di Malaysia (ooopsss, sounds kekwat pula HAHAHHA). Ya, tailor saya ada di Vietnam *muka kekwat*
Berbalik kepada semangat setiakawan yang mahu berkongsi rasa ria di hati, aku mahu menyambung keterujaan aku tentang Ho Chi Minh pada entry kali ini (sila skip entry ini jika anda mendapati sangat membosankan). Percaturan pertama adalah tiket kapal terbang ke HCMC. Tiket flight sememangnya berbeza, dan sebagai budget traveler yang tegar sepertiku, harga promosi adalah sasaran utama. Jangan lupa sign up for Red Alert Air Asia (iklan tidak berbayar ni). Aku pernah terlihat tambang pada harga serendah RM93 sehala..dan tiket paling murah yang berjaya di beli oleh seorang rakan adalah RM199 return, termasuk extra luggage 30kg. Oh murah sangat-sangat kan? Be alert for the SALE promotion to get better price, my friend!
Pada aku,3D2N ke HCMC sudah sangat-sangat memadai. Itupun aku rasa marathon tanpa henti dari satu kedai ke kedai yang lain.
Persiapan awal?
Seperti biasa ialah tukaran wang. Di vietnam ni dua mata wang utama diterimapakai dlm urusan jualbeli iaitu Vietnam Dong dan USD. Rata-rata kedai-kedai di sini menerima matawang ini. Tapi kot ye pun nk beli air mineral kat kedai tepi jalan, jangan ler hulur USD. Itu mengada-ngada namanya. Dan, kalau rajin nak mencongak dan membuat kira-kira, silalah tanya harga dalam Dong atau USD ketika membeli belah. Adakala membayar dalam USD lagi murah. Adakala membayar dalam Dong lagi berbaloi-baloi. Anda buat anda dapat? hikhik Normaly aku sepantas kilat mencongak V10,000 dong = RM2, 1USD = RM 3.5. Senang kan? Ada juga kawan aku yang sangat pintar ini membuat calculus y = a + bx (rolling eyes tak??) wakakakkakaka... Serius ke? Oh yeah, dead serious. She did that. Tapi tidak lah kat depan kedai kan? Harus kene lempang kat situ jugak. huhu
Aku lebih suka merancang sendiri itinerary perjalanan kerana tidak mahu terikat dgn jadual pemandu pelancong (dah katanya shopping trip?). Maka tentulah kena riki-riki pada org lain yang dah berulang alik ke HCMC seolah-olah dia ada kekasih gelap di sana.
Ini antara panduan utama untuk sesiapa yang baru kali pertama ke sana. Setibanya d airport, selepas urusan imigresen dan kastam selesai, sila bergerak keluar dan terus menuju ke sebelah kanan bangunan. Pastikan juga anda tidak mengalami sindrom kanan adalah kiri, kiri adalah kanan. Kerana ia akan memberi impak yang sungguh berbeza. (Mahunya tak gile dah kalau kanan kau kata kiri kan??) Jangan terus meluru keluar dan tahan teksi, atau anda akan dijerut dgn kos yang sangat mahal. Ada kwn kami membayar mahal (kalau tak silap dia membayar USD40) sedangkan rate sepatutnya tidak melebihi 100ribu dong. Oh selepas ke kanan, sila naik lift/escalator ke tingkat 2, dan berjalan lagi ke kanan sehingga melihat lelaki bebaju hijau bertali leher maroon. Dia akan menahankan teksi untuk anda.
Dan ingat juga:
Vinasun Taxi.
Reliable.
TBC...

Tuesday, March 2, 2010
Dia Pernah Mencintaiku
Aku tercari-cari apakah artikel yang paling mengusik jiwa sempena sambutan Maulidur Rasul. Tertunda kerana kesibukan hujung minggu.
Sungguh;
"Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".
~~~~~
“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
excerpt from http://saifulislam.com/?p=7648

Friday, February 19, 2010
~in time of daffodils~
in time of daffodils(who know
the goal of living is to grow)
forgetting why, remember how
in time of lilacs who proclaim
the aim of waking is to dream,
remember so(forgetting seem)
in time of roses(who amaze
our now and here with paradise)
forgetting if, remember yes
in time of all sweet things beyond
whatever mind may comprehend,
remember seek(forgetting find)
and in a mystery to be
(when time from time shall set us free)
forgetting me, remember me
E. E. Cummings
the goal of living is to grow)
forgetting why, remember how
in time of lilacs who proclaim
the aim of waking is to dream,
remember so(forgetting seem)
in time of roses(who amaze
our now and here with paradise)
forgetting if, remember yes
in time of all sweet things beyond
whatever mind may comprehend,
remember seek(forgetting find)
and in a mystery to be
(when time from time shall set us free)
forgetting me, remember me
E. E. Cummings
Thursday, February 18, 2010
Melayu vs Jawa
Kali terakhir aku menghadiri perkahwinan saudara terdekat adalah 3 tahun yang lalu. Tetapi ukhuwah persaudaraan ternyata lebih ketara ketika perkahwinan sepupu aku 4 hari yang lalu. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku berkampung di Simpang Rengam. Sejak arwah atok dah tiada, kami hanya pulang ke kampung ketika hari raya atau ketika kenduri kendara seperti perkahwinan gilang gemilang yang berlangsung kelmarin.
Tentunya ketika ini barulah aku lebih terasa darah Jawa yang mengalir dalam tubuh apabila bersama masyarakat Jawa. Ya, aku antara anak Jawa yang gagal menuturkan bahasa Jawa dengan lancar. Sebenarnya gagal sama sekali. Majlis ini secara tidak langsung membawa aku menyusuri kembali asal usulku. Melihat sanak saudara - sesetengahnya berbahasa Jawa, sesetengahnya menggunakan dialek Johor yang pekat, dan ada pula mengaku orang Kay El! Aku? Orang Kluang lorr...wehehehehe
Seringkali aku ditanya:
"Asal mana?"
"Johor."
"Orang apa?"
"Melayu."
Jawapan standard.
"Bukan Jawa?"
Aku angguk sambil menjawab "Half Jawa".
Bukan tidak mahu mengaku Jawa, tapi aku sudah boleh mengagak soalan berikutnya. Dan aku tidak suka digelar Jawa Murtad. Bukan salah aku tidak tahu berbahasa Jawa. Arwah abah berketurunan Banjar manakala ibu berketurunan Jawa. Kiranya aku ni mixed marriage lah..Hihihihihi....Mak dan abah hanya akan menggunakan bahasa pertuturan masing-masing apabila bertemu sesama suku sakat mereka. Kami berbahasa Melayu di rumah. Kami sekeluarga juga tidak menggunakan bahasa orang Johor seperti bandor, lapo, gambo. Mungkin kerana pergaulan aku dengan rakan-rakan yang majoriti nya adalah 'orang luar'. Almaklum di bandar Kluang ini sahaja ada 2 kem tentera, depot peluru polis, bermakna kawan-kawan aku adalah anak-anak askar/polis dari seluruh Malaysia. Namun begitu, bahasa Jawa bukanlah bahasa yang asing di cuping telingaku. Seingat aku, kalau aku pulang menjengah arwah atok, bahasa ini akan jelas kedengaran.
Ada di kalangan sepupu aku yang menguasai bahasa Jawa dengan baik. Fasih. Ada sesetengah mereka berbicara bahasa Arab sesama mereka ketika zaman remaja kami dahulu. Err...tidak, kami tiada berdarah keturunan Arab..tidak sama sekali heheheh... cuma kebanyakan sepupu-sepupu aku bersekolah Arab,kiranya kes nak 'kerek' dengan kami la tu... Bergosip dalam bahasa Arab.
Arwah mak pula hanya akan bercakap Jawa dengan aku apabila dia marah. Sudah pasti dia membebel-bebel dalam bahasa Jawa. Sebagai anak yang innocent ketika itu, aku tanya balik:
"Mak cakap apa?"
Wah lagilah dia marah. HAHAAHAHAHAHA
Agaknya sebab tu lah aku ni degil, mesej tak pernah sampai kepada aku.
Ayat mak yang selalu aku ingat :
"Kandani ngandani."
Haiih, tetiba rasa rindu pada ibu yang telah tiada *sob sob*.
Dan seingat aku juga, setiap kali kami (aku dan saudara maraku) berkumpul, aku dan abang-abang aku sering menjadi sasaran kerana hanya kami berlima yang langsung tidak tahu bercakap Jawa. Rasa terpinggir lah juga. Rasa bosan juga bila ditanya sebegini:
"Reti ngomong Jowo?"
Aku geleng tapi menjawab "sikit-sikit faham lah".
Dan ketika inilah tiap kali jumpa sukalah tanya kat aku :
"Ok. Bunga dalam bahasa Jawa apa?"
"Flower"
"Duduk?"
"Sit down"
"Monyet?"
"err..Monkey?"
Muahahahahaha
Aku saja bagi tekanan kat diorang nih.
"Wong Jowo orak reti ngomong Jowo!" Jerkah mereka.
Oh, untuk anda yang ingin mengetahui maksudnya, bunga dalam bahasa jawa adalah kembang, duduk ialah jagong, monyet adalah ketek. Dari mana aku tahu? Kajian mendalam sudah tentunya :)
Aku pernah cuba belajar. Bukan tidak pernah cuba langsung. Tapi apa yang berlaku, mereka mentertawakan aku beramai-ramai. Sejak itu aku tidak mahu lagi menyebut sepatah pun perkataan Jawa. Sehinggalah aku bertemu kembali dengan sekumpulan anak Jawa semasa menuntut di UUM, ditambah pula kawan baik aku berketurunan Jawa. Sedikit sebanyak tatabahasa aku bertambah. Dan ya, ketika umurku 18 tahun barulah aku reti nak makan tempe. Sampai sekarang aku masih sebut nasi ambang, walaupun sebenarnya adalah nasi ambeng. Isk, teruk juga aku ni rupanya.
Ketika majlis akad nikah berlangsung pada Ahad yang lalu, seorang pakcik di sebelah aku tiba-tiba menjulurkan handphone nya, sambil mulutnya mengomel :
"Aku arek cetot iki".
Tergelak besar aku. Kali pertama aku mendengar perkataan 'cetot' ketika usiaku awal 20an. Itupun makcik aku yang mengajarnya.
"Iki jenenge cetot. Iki jiwit". Bersungguh makcik aku mengajarku.
Tatabahasa aku sangat terhad. Kalau adik mak datang ke rumah, dia akan bercerita dwi-bahasa. Selalunya aku lah yang ketinggalan. Cerita lawak mereka dalam bahasa Jawa, I could never buy the joke. Bila orang lain dah keluar air mata gelak guling-guling, aku masih lagi muka terkulat-kulat. Terpaksalah salah seorang dari mereka translate untuk aku. Baru lah aku gelak, tapi lebih kepada gelakkan diri sendiri yang masih tidak mampu menguasai bahasa Jawa. Tapi, tetap bangga sebab sekurang-kurangnya aku JAUH lebih baik dari abang-abangku yang totally lost itu. hikhik
Ketika menulis entry ini pun, aku masih lagi mencuba untuk membuat satu ayat Jawa yang lengkap. Ternyata, aku GAGAL.
Minggu lepas aku bertemu seorang pakcik yang mengaku dirinya Banjar. Bila bertemu dengan orang Banjar, sama jugalah bila aku bertemu orang Jawa. Bahasa Banjar aku lagi hancuss berkecai kerana bukan sahaja tidak tahu berbahasa, malah langsung tidak memahaminya.
Eh, sepatutnya aku cerita perihal perkahwinan sepupuku.
Lain kali lah.

Thursday, January 28, 2010
Another days, the same stories again
Tempat kejadian : Kota Damansara
Waktu kejadian : 1430hrs
Seorang polis trafik (PT) menahan keretaku. Ya, ada roadblock di tengah hari buta (diorang ni tak reti panas ke?)
PT : Cik, boleh bagi lesen?
*Geledah beg. Emosi stabil (sebab dah biasa kena tahan polis)*
PT : Tahu apa kesalahan?
Aku : Geleng kepala.
PT : Guna handphone kan?
Aku : Angguk. Encik nak saman saya ke?
PT : Nantilah dulu. Itu boleh dirunding.
Aku : Encik nak saman, saman jeklah encik. Saya redha.
Jujur ikhlas aku menjawab.
Monolog diri : Jangan haraplah aku nak bagi 'duit kopi'.
PT : Kerja kat mana?
Aku : RMPnet.
PT : Takde handsfree ke?
Aku : Takde encik.
PT : Lain kali jangan buat lagi. Ok, cepat jalan.
Yayyyy tak kena saman! *muka kekwat*
Baiklah, saya tahu saya take advantage on the project. hikhik
Sambil menggerakkan kereta, aku mengerling ke cermin pandang belakang. Aku lihat abang polis tadi disoal oleh rakannya. Sempat aku menangkap dia berkata "dah". Owh, dia kata dah saman aku? Wah, dia backing aku ini?
Terima kasih incik polis yang baik hati :)

Monday, January 25, 2010
Hari ini hari Isnin
Dengan lafaz Bismillah, dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Aku bangun pagi ini dan melihat ke dada langit, melihat bintang-bintang yang bertaburan. Sudah sekian lama aku tidak melihat bintang-bintang yang banyak sebegini. Syukur pada Ilahi atas kurniaanNya, atas setiap detik nafasku ini. Bahawa umurku bertambah untuk sehari lagi, bahawa akhir hidup ini adalah sesuatu yang pasti. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. Moga-moga umurku sehari ini adalah umur yang bermanfaat untukku, untuk agamaku.
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).
Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Muzammil : 20)

Sunday, January 24, 2010
Cuti Hujung Minggu
Agak lama aku tidak 'menghayati' kehidupan hujung minggu. Saban waktu, ada sahaja kerja yang perlu aku lakukan. Samada uruskan perkara-perkara penting atau bertemu dengan rakan taulan. Tetapi pada hari ini, aku memang mahu mengkhususkan masa untuk memanjakan diriku sendiri. *ouch*
Aku tak perlukan percutian mewah. Atau melihat ombak yang menghempas pantai. Atau mungkin paling tidak, menonoton filem di panggung wayang. A great weekend for me, is to just stay at home, accompany by a good book. Or just laziness at home doing nothing. Just me. My Soul. Myself. Heheh
Aku membesar dengan komik Gila-Gila. Agaknya dari situ datang sifat gila aku dalam diri? Ngeh ngeh...Lebih tepatnya, aku memang suka karya Ujang. Baru-baru ini kesempatan bumped into Creative Enterprise booth di Shah Alam, membuatkan aku memborong koleksi-koleksi Ujang. Termasuk novel Jibam yang berulang kali telah kukhatam.
Sebentar lagi aku mahu menonton filem.
Mungkin filem Hindi, atau Korean atau Japanese atau Indonesian. Argghh... berlaku pula percanggahan dan konflik diri.
Kabhi Kushi Kabhi Ghum dah jeling-jeling kat aku.
Korean Drama juga sudah memanggil sayu.
Koleksi Japanese Drama mencuba nasib memujukku.
Ketika Cinta Bertasbih secara terang-terangan menjerit ke arahku.
Nantilah aku fikirkan.
Ujang lebih dekat di hatiku ketika ini.
Bagaimana pula cuti hujung minggu anda?

Saturday, January 2, 2010
Jelajah Dunia
Sejak beberapa tahun ini, seorang sahabat sangatlah beriya untuk mengembara bersamaku. Dan setiap kali dia mendengar aku bercuti ke mana-mana sudut dunia,ayat yang sama acapkali diungkapkan;
"Kau asyik bercuti dengan kawan-kawan kau. Bila nak bercuti dengan aku?"
"Where shall we travel together? You just name it and I buy the ticket."
Kebelakangan ini cerita kembara Eropah telah begitu sinonim dalam topik perbualan kami. Masalahnya, aku tidak sekaya mereka. Itu yang utama. Tapi mereka tidak pernah percaya. Keduanya, kami mempunyai 'different interest' yang membuatkan aku mencari pelbagai alasan untuk tidak menyertai mereka. Berterus terang? Sudah, sebenarnya.
Adakala begini pula ayatnya:
"Ya lah, kita ni bukan ijin. Bukan KAWAN dia. Bercuti bersama tak nak. Beli rumah dekat-dekat pun tanak."
Heh, ada kaitan kah itu?
Ketika mereka semua teruja untuk kembara Eropah, aku lebih berminat untuk kembara ke bumi Anbiya'. Malah idea awal dari mereka untuk menjelajah Turki aku sambut dengan senyum gembira (kerana aku telah jatuh cinta pada Turki. Pada sejarahnya yang panjang. Pada kota Constantinople. Aku ingin melihat dan menghirup udara kemenangan tentera terbaik Islam ke atas kota itu. Ingin melihat masjid Biru. Ingin melihat segalanya di bumi Turki). Aku juga bercita-cita untuk menjelajah Gulf Region bersama seorang sahabat yang lain. Malah cita-cita untuk road trip dari Qatar, Bahrain, Saudi dan Oman tetap bermukim di hati. Atau mungkin menjelajah ke seluruh bumi Mesir. Melihat Laut Merah yang menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.
Paling tidak, untuk kembali lagi ke Tanah Haram. Itu impian yang tidak pernah terpadam.
Eropah? Aku terdiam.
Tapi itu bukan pokok persoalannya.
Aku bekerja dengan majikan, bermaksud cuti tahunan aku adalah terhad.
Aku bukan kaya raya seperti mereka, bermaksud duit aku sangat-sangat terhad.
Aku agak fussy dengan itu ini, bermaksud aku sudah ada travel buddy yang aku selesa untuk berjalan-jalan dengannya (you know who you are). hiks
Aku budak kampung dari Kluang yang comot, bermaksud aku tak pandai nak jadi posh girl?
Ye ye, sila abaikan ayat terakhir itu.
Mungkin juga, tidak salah untuk aku mencuba. Tapi ke mana?
“I have found out that there ain’t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them.” – Mark Twain
True, kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)
Mencari hidayah di bumi Barakah Part I
Mekah dan Madinah, bumi barakah yang digelar Haramain. Bumi yang sentiasa dirindui oleh para pengunjungnya. Bumi yang tiada bandingan dek k...
-
Best ke Vietnam? Apa ada kat sana? Murah ke? As compared Bandung, mana lagi murah? Kau pernah pergi China? murah sangat-sangat kan? Ini anta...
-
Ini merupakan kali keempat aku ke HCMC. Jangan kau tanya kenapa, tapi ini adalah salah satu syurga shopping untukku :) Kali ini aku pergi be...
-
Sejak beberapa tahun ini, seorang sahabat sangatlah beriya untuk mengembara bersamaku. Dan setiap kali dia mendengar aku bercuti ke mana-man...